Skip to main content

MENEROKA PENINGGALAN SEJARAH BANDAR DIRAJA KLANG : Royal Klang Town Heritage Walk Melambangkan Komitmen Negeri untuk Memelihara Budaya dan Bangunan Bersejarah

 Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. 
Tourism Selangor, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Diraja Klang, telah menganjurkan Lawatan Suai Kenal Media (FAM) bersama 20 pengamal media. Lawatan yang bertujuan untuk mempamerkan kekayaan sejarah dan warisan budaya Bandar Diraja Klang melalui Royal Klang Town Heritage Walk (RKTHW),
adalah salah satu inisiatif utama yang menekankan dedikasi negeri untuk memelihara monumen bersejarah dan budaya tempatannya.
Royal Klang Town Heritage Walk ialah sebuah program yang melibatkan lawatan ke mercu tanda bandar yang ikonik, direka untuk menyelami kepentingan sejarah dan kekayaan budaya Bandar Diraja Klang.
Galeri Sultan Abdul Aziz-lokasi bermula Royal Klang Town Heritage Walk (RKTHW) 
Semasa Lawatan FAM, para peserta telah melawati beberapa lokasi, seperti
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Chennai Silk, Kelab Diraja Klang, Istana Alam Shah, Jalan Tengku Kelana, Sekolah dan Gereja Convent Klang, Masjid India, Balai Bomba Klang dan Gedung Raja Abdullah.
Semasa lawatan di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, para peserta telah didedahkan dengan demonstrasi kraf tradisional dan keistimewaan kulinari yang merupakan identiti dan budaya Klang. Ini termasuk pembuatan bunga Malai, kalungan bunga tradisional, penyediaan Vadai dan pembuatan teh herba Cina dan Batu Seremban daripada biji kopi. Setiap aktiviti ini menawarkan gambaran sekilas tentang warisan bandar Diraja Klang yang kaya dan pelbagai.
Demostrasi Penyediaan Vadai

Demostrasi Penyediaan Teh Herba Cina
Demostrasi penyedian bunga Malai dan Kalungan Bunga

Pembuatan Batu Seremban dari Biji kopi
Di samping itu, para peserta juga berpeluang untuk melihat beberapa kain sutera dan saree di Chennai Silk, yang merupakan antara budaya masyarakat India yang terpenting, serta merupakan antara identiti utama Klang.

Tekstil yang direka bentuk dengan rumit mencerminkan tradisi yang berakar umbi dan kepelbagaian budaya yang menjadikan Klang sebagai destinasi yang unik.
Lawatan FAM ini bukan sahaja menonjolkan kepentingan senibina dan sejarah tapak-tapak ini, tetapi juga menekankan kepentingan mengintegrasikan warisan budaya ke dalam strategi pelancongan negeri. Jelajah Warisan Bandar Diraja Klang ialah antara contoh bagaimana pemeliharaan sejarah boleh menyumbang kepada pelancongan mampan, memupuk penghargaan yang lebih mendalam terhadap identiti unik Selangor.
📌Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz 
Salam sayang
Miedajaz

#TourismSelangor
#RoyalKlangHeritageWalk
#MajlisPerbandaranKlang


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...