MENEROKA PENINGGALAN SEJARAH BANDAR DIRAJA KLANG : Royal Klang Town Heritage Walk Melambangkan Komitmen Negeri untuk Memelihara Budaya dan Bangunan Bersejarah
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera. Tourism Selangor , dengan kerjasama Majlis Perbandaran Diraja Klang , telah menganjurkan Lawatan Suai Kenal Media (FAM) bersama 20 pengamal media. Lawatan yang bertujuan untuk mempamerkan kekayaan sejarah dan warisan budaya Bandar Diraja Klang melalui Royal Klang Town Heritage Walk (RKTHW), adalah salah satu inisiatif utama yang menekankan dedikasi negeri untuk memelihara monumen bersejarah dan budaya tempatannya . Royal Klang Town Heritage Walk ialah sebuah program yang melibatkan lawatan ke mercu tanda bandar yang ikonik, direka untuk menyelami kepentingan sejarah dan kekayaan budaya Bandar Diraja Klang . Galeri Sultan Abdul Aziz -lokasi bermula Royal Klang Town Heritage Walk (RKTHW) Semasa Lawatan FAM, para peserta telah melawati beberapa lokasi, seperti Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Chennai Silk, Kelab Diraja Klan g, Istana Alam Shah, Jalan Tengku Kelana, Sekolah dan Gereja Convent Klang, Masjid India, Balai Bomba Kl...