Skip to main content

HARI PENEROKA FELDA CIPTA SEJARAH : PENGANJURAN PALING BESAR DAN PALING RAMAI PENGUNJUNG

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera

Hari Peneroka Felda kali ke 68 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan telah berjaya menghimpunkan sekitar 500,000 peneroka dan pengunjung.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan acara Hari Peneroka Felda ini.

Hari Peneroka jatuh pada 7 Julai setiap tahun dan ia ditetapkan oleh Tun Abdul Razak yang juga pengasas Felda.
Tarikh keramat itu adalah hari penghormatan buat peneroka Felda yang menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya.

Antara program dan aktiviti yang telah dijalankan adalah Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya serta Himpunan Dua Roda membabitkan 50,000 peserta yang memecahkan rekod Malaysia Book Of Records.


Penonton turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis anak kelahiran Felda.
Konsert yang diadakan pada malam terakhir menampilkan antaranya Mawi, Siti Nordiana, Exist dan jemputan dari negara seberang, Ungu.


Berkonsepkan Segalanya Felda, Felda kini bukan dilihat dari segi perspektif sawit atau getah tetapi kehidupan peneroka yang sudah berkembang yang jumlahnya mencecah sehingga 3 juta orang secara keseluruhannya.

Tayangan perlawanan akhir Euro 2024 jadi tarikan

Satu lagi tarikan utama pada kali ini ialah –tayangan perdana skrin besar perlawanan akhir Euro 2024 yang menyaksikan Sepanyol menentang England .
Pelbagai program telah diadakan merentasi 12 kluster atau kelompok daripada pendidikan hinggalah peluang pekerjaan, festival FGV, pertunjukan bakat Feel Da Starz dan gerai makanan.

Sambutan Hari Peneroka Felda yang julung kali diadakan selama tiga hari pada tahun ini serta terbesar pernah diadakan turut mendapat sokongan daripada 12 kementerian, agensi dan rakan strategik yang mengambil bahagian.





Antara 68 program yang diadakan sepanjang Hari Peneroka Felda ini ialah :-

-1000 Gerai Jualan Keusahawanan & Pameran Kraf & Tekstil

- Karnival Pendidikan & Kerjaya

- Karnival Hospitali dan Hartanah

- Persembahan Tarian Tradisional/Busker

- 317 gerai makanan dari 317 rancangan FELDA 

- Ping Pong Terbuka Hari Peneroka, e-sport & robotic challenge

- Khatam 5 Minit Al-Quran

- Felda Berselawat Bersama Selebriti

- 28 Masterclass Percuma

- Food Festival

- Sajian Warisan 100 tahun Felda

- Pelancaran Umrah Rahmah

- Pelancaran Jualan Agro Madani Hari Peneroka Felda

- Jualan DURIAN (Kendurian) 



- Motorshow EV dan Autoshow Kawasaki

- Pameran Jentera Feltech 2.0

- Pertandingan Memancing

- Cabutan Bertuah Grand Prize

- Kemuncaknya akan diserikan dengan *konsert 'Feel Da Star'* 10 anak felda bakal merentap dalam pertandingan bakat nyanyian. 

- Persembahan Exist dan Kumpulan Ungu

- Menonton final euro di screen besar serta jualan makanan food truck akan beroperasi sehingga pagi!

Antara artis-artis yang terlibat antaranya Ryan Bakery, Siti Nor Diana, Exist, Ungu Band, Dr Sheikh Muszafar, Kak Lina Pom Pom, Boss Susu, Datuk Ramli Sarip, Mawi, Nash, Aizat Amdan, Black Hanifah, Marsha Milan Londoh dan Inteam dan ramai lagi!



Salam sayang,

MiedaJaz 

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...