Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

HARI PENEROKA FELDA CIPTA SEJARAH : PENGANJURAN PALING BESAR DAN PALING RAMAI PENGUNJUNG

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Hari Peneroka Felda kali ke 68 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan telah berjaya menghimpunkan sekitar 500,000 peneroka dan pengunjung. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar  Ibrahim telah merasmikan acara Hari Peneroka Felda ini. Hari Peneroka jatuh pada 7 Julai setiap tahun dan ia ditetapkan oleh Tun Abdul Razak yang juga pengasas Felda. Tarikh keramat itu adalah hari penghormatan buat peneroka Felda yang menyumbang kepada pembangunan negara hampir 70 tahun lamanya. Antara program dan aktiviti yang telah dijalankan adalah Felda berselawat, Semarak Subuh, pameran 317 makanan seluruh rancangan, karnival pendidikan dan kerjaya serta Himpunan Dua Roda membabitkan 50,000 peserta yang memecahkan rekod Malaysia Book Of Records. Penonton turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis anak kelahiran Felda. Konsert yang diadakan pada malam terakhir menampilkan antaranya Mawi, Siti Nordiana, Exist dan jem