MAJLIS RUMAH TERBUKA DAN PELANCARAN PERTANDINGAN PENCARIAN JUARA PEREKA SENI BARANG KEMAS KOPERASI NORRAS BERHAD (KNB)
Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Pada 3 Mei 2024, kak mied telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Koperasi Kumpulan Norras Berhad yang di adakan di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur.
Info mengenai Koperasi Kumpulan Norras Berhad (KNB)
Objektif JOM
- Pereka
- Mendorong pereka tempatan untuk menggabungkan unsur-unsur budaya dan identiti Malaysia dalam reka bentuk barang kemas mereka
- Memberi pengiktirafan kepada pereka yang mempunyai kepekaan terhadap keunikan budaya dan warisan Malaysia dalam karya mereka.
- Memupuk kolaborasi antara pereka dengan petukang tempatan untuk menghasilkan barang kemas yang melambangkan warisan budaya Malaysia dengan cemerlang.
- Petukang
- Memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada petukang untuk meningkatkan kemahiran tradisional mereka dalam membuat barang kemas.
- Mengiktiraf kecekapan dan kreativiti petukang dalam menghasilkan barang kemas berkualiti tinggi yang mencerminkan keunikan budaya Malaysia
- Pemakai
- Meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang pentingnya menyokong dan menghargai barang kemas tempatan.
- Menggalakkan masyarakat untuk memilih barang kemas yang direka dan dibuat di Malaysia sebagai satu cara untuk menyokong industri kraftangan tempatan.
- Menghubungkan nilai-nilai dan makna yang terkandung dalam setiap barang kemas Malaysia kepada pemakai.
JOM ini akan berlangsung dari Jun 2024 hingga Dis 2024, dimana JOM akan menjelajah ke-5 buah negeri bermula dari Johor Bahru. Destinasi ke-2 di Kuantan. Destinasi ke-3 di Pulau Pinang. Destinasi ke-4 Sabah. Destinasi ke-5 Kuching,Sarawak
Pertandingan akhir di Kuala Lumpur untuk mengiktirafkan pemenang petukang,pereka dan pemakai barang kemas. Anugerah akhir ini akan berlangsung selama 2 hari.
Disini kita akan menawarkan organisasi dan syarikat syarikat yang berkaitan dengan barang kemas seperti Habib, Poh Kong, Wah Chan dan lain lain untuk mengambil lot pameran. Kita hanya menawarkan 10 lot pameran shaja dengan syarat-syarat tertentu.
Terma dan syarat pertandingan ini adalah :
1. Peserta mesti berusia 18 tahun keatas
2. Peserta mesti merupakan warganegara Malaysia
3. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan
4. Penghasilan karya peserta akan menjadi hak milik PERSEKA sepenuhnya selepas pertandingan ini.
Pertandingan ini juga terbuka untuk pelajar pelajar IPTA, IKM, IPTS dan dan mana mana individu yang berminat untuk menyertai pertandingan JOM ini.
Untuk pertandingan ini JOM akan memilih 1 pemenang dari setiap negeri untuk dipertandingkan pada akhir nanti yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Hadiah yang ditawarkan adalah untuk 10 pemenang. 3 pemenang utama akan ditawarkan 4 hari kursus pendek di “University Arts London”. Untuk 7 pemenang lain akan diberikan hadiah yang akan diumumkan nanti secara rasmi.
Kesimpulannya :
Malaysia, serta menyediakan platform untuk pengembangan dan pengiktirafan mereka. Dengan memperkenalkan penggunaan tema identiti Malaysia, kami berharap dapat mengukuhkan kebanggaan dan kesedaran terhadap warisan budaya negara di kalangan peserta dan peminat barang kemas.
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN