Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dengan kerjasama Musolla Aisya dengan sukacitanya menganjurkan **Majlis Bacaan Yassin dan Pelancaran Tabung Bersamamu Rafah** yang diadakan pada 25 Mei 2024 di Glamhall, Damansara.
Majlis ini disempurnakan oleh Dato' Seri Alha Alfa selaku Penaung PEKAA dan Datin Seri Umie Aida selaku Penaung Musolla Aisya.
Majlis yang penuh bermakna ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak MYR 500,000 bagi membantu meringankan beban rakyat di Rafah, Gaza. Tabung Bersamamu Rafah ini akan mengadakan kutipan dana bermula 25 Mei 2024 sehingga 8 Jun 2024.
Kerjasama strategik ini turut disokong oleh rakan kolaborasi, Cinta Gaza Malaysia dan AICT Global, dalam memastikan matlamat kutipan dana ini dapat dicapai. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran 80 orang selebriti dan pempengaruh (influencers) Malaysia, pengasas (founders) perniagaan, dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang turut serta memberi sokongan terhadap inisiatif mulia ini.
Dato' Seri Alha Alfa dan Datin Seri Umie Aida dalam kenyataan mereka berkata, "Kami berharap agar masyarakat Malaysia dapat bersama-sama menjayakan usaha ini. Setiap sumbangan yang diberikan akan membawa sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Rafah yang sedang menghadapi pelbagai kesukaran."
Kami mengalu-alukan kehadiran semua pihak untuk menyertai majlis ini dan menyumbang kepada Tabung Bersamamu Rafah. Marilah kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sesama manusia.
**Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dan Musolla Aisya**
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN