Assalamualaikum dan salam sejahtera. 7-Eleven Malaysia membuat kelainan dalam sumbangan kepada masyarakat dengan kempen Semurni Kasih yang diadakan sempena bulan Ramadan yang mulia. Kempen ini yang merupakan sebahagian daripada program 7-Eleven Community Care bertujuan untuk memupuk hubungan yang mendalam dengan masyarakat akar umbi dan pemberian dibulan Ramadan ini amat bermakna kepada Masyarakat dan Umat Islam dalam memahami nasib golongan yang kurang bernasib baik. Kedai Serbaneka terbesar ini telah memberikan makanan berbungkus 7Cafe dari 7-Eleven untuk di nikmati oleh 920 pelajar dari 3 universiti iaitu Universiti Malaya(UM),Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) dan Universiti Teknologi Mara( UiTM ) yang mana telah disampaikan oleh pasukan 7-Eleven di 3 lokasi. " Kami amat bersyukur dapat berkongsi perkara ini dengan pelajar. Sokongan daripada pekerja kami serta pelanggan telah memainkan peranan penting bagi kami untuk mendekati kom...