Skip to main content

HENDAK TAHU APA YANG MENARIK : JOM DAY TRIP KE PULAU KETAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini kak mied bersama para pemandu pelancong serta agen pelancongan telah menyertai Program Famtrip Jom ke Pulau Ketam yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang dan Persatuan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bagan Pulau Ketam ( MPKK).

Info Mengenai Pulau Ketam
Pulau Ketam adalah pulau kecil yang terletak berdekatan Pelabuhan Klang, Selangor. Pulau ini telah wujud sekitar tahun 1880an lagi.  Ia merupakan rumah kepada dua buah kampung Cina.  Kampung utama di bahagian selatan pulau ini dikenali sebagai Pulau Ketam manakala kampung di bahagian timur-laut dikenali sebagai Sungai Lima. Toechew dan Hokkien merupakan penduduk asal pulau ini.  Terdapat juga golongan orang asli yang menetap di bahagian lain pulau ini.
Penduduk di Pulau Ketam ini kir-kira 6,000 orang dan jumlah rumah kediaman kira-kira 1,000 buah. Majority penduduknya adalah masyarakat Cina. Untuk sampai ke Pulau Ketam kena menaiki bot dari Pelabuhan Klang.  Masa perjalanan dengan bot kira-kira 40 minit.


Apa yang menarik di Pulau Ketam??
Jom ikut kak mied meneroka Pulau Ketam,  baru tahu apa yang menarik di pulau ini.

Seawal 9:00 pagi,  kami semua telah berkumpul di Terminal Penumpang Pelabuhan Selatan,Pelabuhan Klang untuk sesi pendaftaran dulu. Kemudian kami menaiki bot yang akan menuju Jeti Kampung Bagan Pulau Ketam.


Selepas bersarapan dan mendengar ucapan selamat datang serta taklimat dari penganjur, masing-masing dah tidak sabar untuk menjelajah Pulau Ketam.
Tugas yang pertama, kami memilih dulu untuk menaiki basikal atau motosikal lektrik.
Pulau ketam ini bebas kenderaan berenjin jadi kenderaan utama penduduk sini adalah menggunakan motosikal lektrik


Kami pun mula mengeliling Kampung Bagan, Pulau Ketam sambil tue sempat melihat suasana rumah penduduk,  ada bank, balai polis, klinik kesihatan dan boleh dikatakan Pulau Ketam mempunyai infrastruktur yang agak lengkap.

Tempat pertama yang kami kunjungi ialah #Tokong Ular Bao Seng Gong.

Di sini kami melihat keunikkan Tokong ini dan boleh melihat ular yang di letakkan di tepi Tokong
Dapat lah tengok Ular Sawa berada dalam sangkar dan sedang bersalin kulit

Perjalanan di teruskan ke:
#Kilang memproses udang kering
Kami melihat udang kering yang sedang di jemur

Pengunjung dapat melihat sendiri cara memproses udang kering.

Seterusnya ke: 
#Kilang Pembuatan Bot Kayu dan membaiki bot


#Kilang Memproses Ais Batu

Di kilang memproses Ais Batu ini,  kita boleh melihat kecanggihan dan skala mesin ais yang besar.  Ais dikeluarkan di kilang ini untuk kegunaan Pulau dan juga untuk kegunaan hasil tangkapan yang akan dipek dengan ais dan di hantar ke negeri-negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang.

Jam pula telah menunjukkan jam 12.30 tengahari. Perut mula berbunyi, kami pun di bawa ke sebuah restoran makan laut untuk makan tengahari.
Pulau Ketam agak terkenal dengan makanan lautnya yang segar dan tidak sah jika sudah sampai ke Pulau Ketam tapi tudak menikmati makanan laut nya.
OkInilah Menu makanan tengahari kami..Lazat dan menyelerakan😋😋

Jangan risau seafood di Pulau Ketam adalah Halal

Kami bersholat disini dan Pulau Ketam juga mempunyai Maahad Tahfiz Mandarin  

Selepas selesai makan tengahari dan sholat kami di bawa menaiki boat untuk melihat :
#Sangkar Ikan 
Kami bersiar-siar menaiki bot sebelum ke Sangkar ikan


Sangkar ikan disini diusahakan oleh penduduk tempatan.
Hasil sangkar ikan seperti ikan kerapu kebanyakkan dieksport ke luar negara.

Aktiviti terakhir yang menarik yang kami sertai sebelum pulang ialah:
#Eagle Watching

Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa di Pulau Ketam pun kita boleh melihat Helang yang cantik.
Pastinya akan terpersona melihat kawanan burung helang terbang rendah sambil mengembangkan sayapnya 
Walaupun hanya Day Trip sahaja, namun pengalaman meneroka Pulau Ketam sangat menarik.
Terasa umpama berada di tahun 80an dengan rumah-rumah kayu masih wujud.  Jika yang berminat nak bermalam di Pulau Ketam, jangan risau banyak aje Hotel dan Homestay yang terdapat di sini.

Selamat Bercuti dan meneroka Khazanah dalam Negara.

JOM KE PULAU KETAM🦀🦀🦀



Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...