Assalamulaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied bersama para pemandu pelancong serta agen pelancongan telah menyertai Program Famtrip Jom ke Pulau Ketam yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Klang dan Persatuan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bagan Pulau Ketam ( MPKK). Info Mengenai Pulau Ketam Pulau Ketam adalah pulau kecil yang terletak berdekatan Pelabuhan Klang , Selangor. Pulau ini telah wujud sekitar tahun 1880an lagi. Ia merupakan rumah kepada dua buah kampung Cina. Kampung utama di bahagian selatan pulau ini dikenali sebagai Pulau Ketam manakala kampung di bahagian timur-laut dikenali sebagai Sungai Lima . Toechew dan Hokkien merupakan penduduk asal pulau ini. Terdapat juga golongan orang asli yang menetap di bahagian lain pulau ini. Penduduk di Pulau Ketam ini kir-kira 6,000 orang dan jumlah rumah kediaman kira-kira 1,000 buah. Majority penduduknya adalah masyarakat Cina . Untuk sampai ke Pulau Ketam kena menaiki bot dari Pe...