Skip to main content

MALAYSIA BOOK OF RECORDS MENGIKHTIRAF LADANG SINDIYAN SEBAGAI LADANG TANAMAN MUSANG KING TERBESAR MALAYSIA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera

Pada tarikh 14 September 2023,  kak mied berpeluang menghadiri Majlis Pengiktirafan "Malaysia Book Of Records"kepada Ladang Sindiyan yang telah dinobatkan sebagai ladang tanaman Durian Musang King terbesar di Malaysia.

Majlis penyampaian sijil pengikitirafan telah diadakan di Ladang Sindiyan yang terletak di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan.  Timbalan Menteri Besar Kelantan YB Dato' Dr. Muhamed Fadzil dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan Corporation Sdn Bhd Datuk Anna Teoh turut hadir di majlis ini.

Dengan keluasan lebih 7,000 ekar di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang,Kelantan, Ladang Sindiyan kini adalah ladang durian terbesar dalam negara.

Kekal komited untuk menjadi peneraju dalam perniagaan durian, Ladang  Sindiyan akan terus memodenkan operasi dan mengembangkan ladangnya di masa hadapan


Kami cukup berbangga dengan pencapaian yang diraih oleh Ladang Sindiyan. Misi kami adalah untuk membangunkan usaha niaga agrikultur dan agro-pelancongan yang mampan. Usaha ini akan membawa limpahan sosioekonomi kepada penduduk setempat serta membawa kelestarian kepada alam sekitar,” ujar Symantha Chai, Ketua Pegawai Eksekutif,
Sindiyan Plantation Sdn Bhd.

Durian Musang King kekal menjadi rebutan penggemar durian di seluruh dunia dan China adalah pasaran terbesarnya, dengan hampir 10% durian disana adalah hasil import daripada Malaysia. Pra-pandemik Covid-19, Malaysia telah mengeksport 500-800 tan durian beku ke negara China,bersamaan USD 9.9 juta - USD 14.85 juta. 

Bagi mengembangkan potensi ini,
usaha sama Ladang Sindiyan dan Syarikat
Hernan menyasarkan untuk menghasilkan 60,000 tan metrik durian setiap tahun. Usahasama ekslusif ini akan dapat memenuhi permintaan tinggi dunia terhadap durian Malaysia.


Sebagai pengeksport dan pengeluar terbesar durian dan produk berasaskan durian, kami telah mengembangkan operasi di peringkat global untukmemenuhi permintaan durian di negara seperti Australia, China, Kanada,
Indonesia, Jepun, Belanda, UK dan Amerika Syarikat. Bersama-sama dengan Ladang Sindiyan, amalan integrasi kami memastikan penjagaan kualiti di setiap peringkat rantaian nilai melalui inovasi dalam sektor agrikultur,” tambah Datuk Anna Teo, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Hernan
Corporation Sdn Bhd, atau cukup dikenali sebagai ‘Musang Queen’.

Disokong oleh Navis Capital, peneraju firma ekuiti persendirian Asia Tenggara yang berpengkalan di Kuala Lumpur, usahasama kedua-dua syarikat ini menyasarkan untuk memodenkan keseluruhan rantaian nilai
pengeluaran durian dan meningkatkan kualiti dalam industri.

Symantha menambah, “Dengan kepakaran lebih 40 tahun dalam kultivasi dan pengurusan ladang, kami amat mengambil berat aspek kualiti. 

Usahasama ini akan membolehkan kami untuk mencapai visi bagi menawarkan produk ladang terus ke meja penggemar durian, dengan mengekalkan kualiti dalam setiap peringkat huluan sehinggalah kepada pelanggan kami di peringkat hiliran.

Untuk keterangan lanjut layari :

Website : 

FB :

IG :




Salam sayang,
MiedaJaz

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...