Skip to main content

MALAM GALA TAYANGAN PERDANA FILEM FANNA

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Pada 22 September 2023,  kak mied berpeluang menghadiri  Malam Gala Tayangan Perdana Filem Fanna yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur.

Filem Fanna diterbitkan oleh JAGUAR FILMS & PRODUCTION(M) SDN BHD serta edaran METROWEALTH,  mempamerkan aksi dunia permotoran dalam kalangan wanita dan gangsterisme yang berkonsepkan mafia.


SINOPSIS FILEM FANNA
Filem Fanna berkisarkan tentang Fanna, seorang gadis yang menghidap kanser, menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik
Malangnya cinta mereka mula berputik di penghujung nyawa Fanna apabila kansernya menyerang dengan lebih ganas. 

Shafik yang menyedari dia telah jatuh cinta kepada Fanna berusaha menyelamatkan diri daripada dibunuh akibat pergaduhan kongsi gelap yang tercetus. Keadaan
menjadi lebih parah apabila Black, adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh sewaktu Shafik cuba menyelamatkan Fanna daripada diculik oleh Black. Menyedari bahaya yang menanti,  Shafiq dan Fanna melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara 

PELAKON-PELAKON FILEM FANNA
Pelakon hebat seperti Syafie Naswip,  iaitu nama yang tidak asing lagi dalam industri Perfileman Tanah Air telah di pilih sebagai peneraju utama bergandingan bersama pelakon Fify Azmi iaitu seorang pelakon wanita yang mempunyai kemahiran melakukan babak aksi.
Lain-lain pelakon yang terlibat ialah Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan, Rashid Saleh, Charles Nilbert,Kenji Sawshii,  Sahronizam Noor, Roy Azman, Aleeza Shadan dan lain-lain.
Shafie Naswip dan Fify Azmi







Saksikan filem Fanna di Pawagam bermula 28 September 2023.
Untuk maklumat lanjut,  sila layari laman web Filem Fanna di https://fannamovie.com/

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...