Skip to main content

MENEROKAI KHAZANAH ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG (TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO)

 Assalamulaikum dan salam sejahtera


Berpeluang mengikuti kursus latihan Pemandu Arkeopelancongan selama 3 hari 2 malam anjuran USM dan Think City Sdn Bhd di Lembah Lenggong memberi banyak pengetahuan dan pengalaman menarik buat kak mied.
Kursus yang melibatkan para pemandu pelancong serta agent pelancong,  adalah untuk diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai tapak-tapak arkeologi, cara-cara ekskavasi di jalankan ,  eksperimen pembuatan alat batu serta lawatan ke Galeri Arkeologi.

Dengan penglibatan para pemandu pelancong dan agensi pelancongan dalam kursus ini akan memberi mereka pengalaman dan maklumat  bagi mempromosikan serta menarik lebih ramai pelancong ke Lembah Lenggong.

Lembah Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Hulu Perak menjadi penting kerana pelbagai aktifak sejarah ditemui di sini. Penemuan rangka manusia Perak Man dan bengkel pembuatan alat batu zaman Paleolitik telah membuktikan wujudnya penempatan awal manusia pra-sejarah di Malaysia.
Pada 30 Jun 2012, UNESCO telah mewartakan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kak mied dan beberapa orang sahabat guide dari Kuala Lumpur,  kami memilih untuk datang pada hari Jumaat iaitu awal sehari kerana tidak mahu kelam kabut keesokkan harinya kerana kelas akan bermula seawal 8:00 pagi.

Kami bertolak kira-kira jam 11:00 pagi dan sampai ke Pusat Lapangan Arkeologi USM, Lembah Lenggong pada pukul 3:00 petang.


Kita tidur dorm ya...jadi student gitewlah 🥰
Sebelah petangnya pulak..sempatlah kami jalan di Pasar Malam Pekan Lenggong. Memang seronok membeli juadah sebab harganya sangat berbeza dengan harga di Kuala Lumpur.


Day 1
Jam 8:00 pagi semua telah berada di ruang makan untuk menikmati sarapan pagi yang di sediakan
Tak kira waktu sarapan ke..lunch ke..semua ceria-ceria belaka👍👍
Kursus latihan Arkeologi ini dijalankan secara teori dan praktikal
Kelas Teori di jalankan dari jam 9:00 pagi hingga Jam 11: 30 pagi.  
Kami diberi penerangan mengenai Zaman Paleolitik, Naeolitik dan zaman logam.
Sebelum kelas bermula, kami posing dulu😘


Selesai pembelajaran secara teori, kami kemudian di bawa ke kawasan yang telah tersedia bagi melakukan Hands-on excavation (  praktikal ekskavasi) dan stone tool-making &use( pembuatan alat batu dan penggunaannya).
Dengan mengalaminya sendiri,  baru lah kami tahu cara sebenar ekskavasi di lakukan dan cara pembuatan alatan batu.
Demo cara-cara pembuatan alat batu

Hands-on Excavation
Di sebelah petang selepas makan tengahari, kami di bawa ke tapak-tapak Arkeologi iaitu Bukit Jawa, Bukit Sapi  dan Bukit Bunuh serta ke Galeri Arkeologi Lenggong.

Bukit Jawa
Bukit Jawa ditemui melalui pemetaan Paleoalam Kota Tampan pada tahun 1989 tetapi ekskavasi di jalankan pada tahun 1996.
Bukit Jawa berusia 100,000 hingga 200,000 tahun,  ia merupakan tapak terbuka yang mendedahkan bukti kebudayaan Paleolitik pernah berlaku.  Ia juga dikesan sebagai kawasan bengkel membuat peralatan batu.



Bukit Sapi
Bukit Sapi merupakan lokasi longgokan debu lava Gunung Berapi Toba yang meletus kira-kira 75,000 tahun lalu. Debu ini bertaburan di Lembah Lenggong setebal 7 hingga 10 meter.

Debu Toba yang telah mengeras dan menjadi bongkah


Bukit Bunuh
Bukit Bunuh merupakan kawasan lokasi hentaman Meteorit kira-kira 1.83 juta tahun dahulu. Penemuan  batu Suevit di kawasan sekitar  ladang Kelapa Sawit Bukit Bunuh merupakan satu daripada 28 tapak impak Meteorit dunia.






Galeri Arkeologi Lembah Lenggong 
Kami kemudiannya ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong.
Galeri ini terletak di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Kota Tampan.  Ditubuhkan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti di bawah Kementerian Kebudayaan, kesenian dan pelancongan.
Galeri ini mempamerkan semua artifak dan maklumat dari ekskavasi pra sejarah yang ditemui. Tarikan utama galeri ini adalah rangka manusia tertua berusia 11,000 tahun iaitu Perak Man.

Rangka manusia tertua Perak Man

 
Day 2
Hari ke 2,  kak mied rasa lebih bersemangat lagi kerana ada banyak yang perlu di pelajari dan kami akan ke gua-gua seperti Gua Teluk Kelawar, Gua Kajang dan Gua Badak untuk melihat sendiri bekas tapak ekskavasi dan lukisan gua.

Gua Teluk Kelawar
Gua Teluk Kelawar terletak dalam komplek batu kapur Bukit Kepala Gajah. Tapak ini telah mula dijalankan kajian sejak tahun 1990.  Pelbagai  peralatan batu, sisa-sisa makanan(tulang haiwan), cengkerang dan kepingan tembikar ditemui sewaktu proses ekskavasi  yang di jalankan pada tahun 1990. Satu rangka manusia berusia 8000 tahun juga ditemui.



Gua Kajang
Gua Kajang merupakan gua pertama menjalani ekskavasi iaitu pada tahun 1917 oleh Evans. Disini juga telah dijumpai pecahan tembikar,  alat batu, sisa makanan dan rangka manusia telah ditemui pada masa itu.  Seterusnya pihak USM telah menemui bukti bahawa Gua Kajang telah digunakan sejak 11000 hingga 5000 tahun dahulu.



Gua Badak.
Terletak di Bukit Kapur Gua Badak. Pada tahun 1926tembikar serta alat batu bergilap zaman Neolitik telah ditemui. Turut ditemui ketika itu ialah lukisan gua.
Lukisan gua ini dilukis dengan arang dan juga di gores oleh masyarakat Negrito yang mendiami gua ini. Aktiviti berburu dengan panah, menunggang kuda dan gajah serta haiwan seperi monyet,kuda dan ayam antara imej yang terdapat pada lukisan gua yang ditemui.



Kursus Latihan ini banyak memberi pendedahan tentang tapak-tapak Arkeologi dan Geopark serta meningkatkan kefahaman kami mengenai Arkeologi.
Ucapan terimakasih kepada para pensyarah yang mencurahkan ilmu. Semoga Lembah Lenggong terus unggul sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Hingga jumpa lagi ❤️❤️❤️
Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...