Skip to main content

MASJID SRI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN - CANTIK DAN UNIK

 Assalamulaikum dan salam sejahtera
Berpeluang menziarahi Masjid Sri Sendayan yang terletak di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan baru-baru ini,  mengingatkan kak mied tentang keindahan dan keunikkan Taj Mahal di Agra, India.
Walaupun Masjid Sri Sendayan tidak dapat menandingi Taj Mahal namun keunikkan dan kehalusan senibina Islam yang terdapat di Masjid ini tetap mempersonakan.


Salah satu masjid tercantik di Malaysia,  mula di bina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada September 2019 dengan kos bernilai  kira-kira RM100 juta.  Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Abd Rashid Hussin iaitu pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB.
Masjid yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hectar ini mempunyai tiga dewan sholat iaitu dewan sholat utamadewan sholat kedua dan dewan sholat wanita  Ia boleh memuatkan 5,000 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini turut di lengkapi  dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan serta enam unit rumah kediaman petugas masjid.

📍Masjid Sri Sendayan
Persiaran Idaman Villa
71950 Siliau, Negeri Sembilan

📞 06-7759119

Masjid Sri Sendayan bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orangramai untuk membiayai setiap kos masjid.
Orang ramai bolehlah memberi sumbangan/infaq menerusi :
Bank Muamalat Ac : 05010004401718
RHB Bank Ac : 25510400006590

Jemaah Muslimat yang kak mied bawa kali ini


Salam sayang,
MiedaJaz💞




Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...