Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2023

MASJID SRI SENDAYAN, NEGERI SEMBILAN - CANTIK DAN UNIK

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Berpeluang menziarahi Masjid Sri Sendayan yang terletak di Bandar Sri Sendayan , Negeri Sembilan baru-baru ini,  mengingatkan kak mied tentang keindahan dan keunikkan Taj Mahal di Agra, India. Walaupun Masjid Sri Sendayan tidak dapat menandingi Taj Mahal namun keunikkan dan kehalusan senibina Islam yang terdapat di Masjid ini tetap mempersonakan. Salah satu masjid tercantik di Malaysia,  mula di bina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada September 2019 dengan kos bernilai  kira-kira RM100 juta .  Masjid ini diwakafkan oleh Tan Sri Abd Rashid Hussin iaitu pengasas Syarikat Perbankan Kumpulan RHB. Masjid yang terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hectar ini mempunyai tiga dewan sholat iaitu dewan sholat utama ,  dewan sholat kedua dan dewan sholat wanita   Ia boleh memuatkan 5,000 jemaah pada satu-satu masa. Masjid ini turut di lengkapi  dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik  ...

TEMPAT PERKHEMAHAN MENARIK DI PAYO CAMPSITE, JOHOL NEGERI SEMBILAN

  Assalamulaikum dan salam sejahtera. Korang suka berkhemah ke???  kalau ada yang suka berkhemah kak mied hendak syorkan satu tempat perkhemahan menarik iaitu di Payo Campsite yang terletak di Renggoh ,    Johol , Negeri Sembilan . Kak mied bersama teman-teman berpeluang ke sini,  selepas check-out dari Natura Campground. Di sini kami tidak bermalam tapi hanya berpicnic , santai-santai aje sambil menikmati makan tengahari yang di sediakan oleh Dato' Seri Siti Murni binti Dato'Seri Sheikh Ahmad iaitu pemilik Payo Campsite ini . Untuk pengetahuan umum,  tenaga kerja di Campsite ini pun serupa dengan Natura Campground iaitu menggunakan khidmat bekas banduan yang berdaftar dengan I-Kemba li . Kawasan di Payo Campsite.  ini lebih kepada berada di dalam kawasan dusun di mana terdapat pohon-pohon durian yan berbuah lebat...namun masih belum luruh,  jadi tak merasalah nak rasa durian Payo Campsite nie🤭. Masing-masing duk harap durian luruh🤭🤭 Cu...

MENEROKAI KHAZANAH ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG (TAPAK WARISAN DUNIA UNESCO)

  Assalamulaikum dan salam sejahtera Berpeluang mengikuti kursus latihan Pemandu Arkeopelancongan selama 3 hari 2 malam anjuran USM dan Think City Sdn Bhd di Lembah Lenggong memberi banyak pengetahuan dan pengalaman menarik buat kak mied. Kursus yang melibatkan para pemandu pelancong serta agent pelancong,  adalah untuk diberi pendedahan dan pengetahuan mengenai tapak-tapak arkeologi, cara-cara ekskavasi di jalankan ,  eksperimen pembuatan alat batu serta lawatan ke Galeri Arkeologi. Dengan penglibatan para pemandu pelancong dan agensi pelancongan dalam kursus ini akan memberi mereka pengalaman dan maklumat  bagi mempromosikan serta menarik lebih ramai pelancong ke Lembah Lenggong. Lembah Lenggong yang terletak di Daerah Lenggong, Hulu Perak  menjadi penting kerana pelbagai aktifak sejarah ditemui di sini.  Penemuan rangka manusia  Perak Man  dan  bengkel pembuatan alat batu  zaman  Paleolitik  telah  membuktikan wuj...