Skip to main content

TEMPAT HEALING DI BENTONG : NATURA CAMPGROUND

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Hujung minggu baru-baru ini, kak mied bersama beberapa sahabat blogger  yang lain telah berkunjung ke daerah Bentong, Pahang.
Kami ke sini atas jemputan dari Dato'  Seri Hajjah Siti Murni Dato' Seri Sheikh Ahmad  iaitu Ceo Syarikat Ghullam Development Sdn Bhd.
Syarikat Ghullam Development Sdn Bhd,  merupakan syarikat yang mengelolakan Program I-Kembali iaitu program yang menyediakan peluang pekerjaan untuk bekas banduan,  orang diparol dan di selia dengan jabatan penjara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini boleh layari https://i-kembali.com.my/

Kami semua berkumpul pada pukul 11:00 pagi di Cyberjaya dan kemudian menaiki kenderaan ke Natura Campground iaitu sebuah Campsite milik Dato' Seri Siti Murni sendiri.

Kami bertolak kira-kira jam 11.30 pagi dan singgah untuk makan tengahari Kedai Makan Kak Su di Simpang Pelangai.
Sedap masakan Nogori Sembilan kat Kedai Kak Su nie..Terangkat Beb!!

Dah Sampai Simpang Pelangai nie,  kira-kiranya Natura Campground sudah hampir dah..iaitu kira-kira 15 minit lagi perjalanannya.

Akhirnya pada pukul 3:30 petang,  kami pun tiba di Natura Campground. 
En Zaini Abu Bakar  atau dikenali sebagai King iaitu selaku rakan kongsi dan pengurus di sini menyambut kedatangan kami.

En Zaini atau King sedang memberi kami penerangan

Jom kak mied ceritakan jenis-jenis penginapan yang terdapat di Natura Campground ini.
Disini terdapat 2 jenis penginapan iaitu jenis Chalet dan tapak perkhemahan.

Chalet pula terdapat 3 jenis iaitu :
Hobbit Chalet : 10 unit
Collina Chalet : 2 unit
Casa Abero Chalet (VIP) : 1 unit

Harga penginapan jenis hobbit ialah RM100 sehari, manakala Collina RM200 sehari dan Casa Albero RM300 sehari.



Chalet Hobbit


Chalet Hobbit tidak tersedia tandas dan bilik mandi,  jadi perlu berkongsi bilik air yang terdapat di luar. Bantal dan selimut serta kipas dinding sahaja  terdapat di chalet ini.

Bagi Chalet Collina dan Casa Abero pula,  terdapat katil queen bersama batal, selimut, towel,  kipas dan aircon. Bilik air pula terdapat di penginapan ini.
Suasana dalaman chalet Collina


Chalet Casa Albero

Bagi penginapan tapak perkhemahan pula,  ada 4 kawasan perkhemahan iaitu :
Campo Zone ( 20 tapak)
Alto Zone ( 8 tapak)
Pool Zone ( 5 tapak)
Lato Zone ( 8 tapak)

Setiap tapak perkhemahan di kenakan harga RM70 untuk satu hari penginapan. Tandas dan bilik mandi perlu berkongsi bersama dengan penginap chalet hobbit.



Setelah selesai sessi penerangan,  kak mied dan kawan-kawan tak sabar nak mandi manda di kolam berteres yang terdapat di sini.




Kolam yang paling atas,  sesuai untuk orang dewasa manakala kolam di bawah sesuai untuk kanak-kanak.
Airnya pulak amat nyaman dan sejuk kerana air yang memasuki kolam ini dari sumber air bukit berhampiran dan bebas klorin.
Bagi pengunjung yang tidak menginap di sini,  boleh mandi-manda di kolam ini juga cuma akan di kenakan bayaran iaitu RM10 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Disini juga terdapat aliran air terjun iaitu hanya perlu berjalan kaki kira-kira 500 meter dari tapak perkhemahan. Airnya tidak deras dan tidak membahaya bagi orang dewasa dan kanak-kanak.  Best aje berendam-rendam di air terjun ini.



Lain- lain kemudahan yang terdapat sini antaranya terdapat surau yang boleh memuatkan 40 jemaah dalam satu-satu masa dan dewan terbuka.
Bagi yang berminat untuk hiking atau  nak meninjau  kawasan air terjun yang lain bolehlah mendapat info dan khidmat dari King.


Suasana di waktu malam pula sangat sunyi dan sejuk mungkin sebab kawasan ini dikelilingi oleh bukit- bukit di sekelilingnya.
Bergambar bersama Dato' Seri Siti Murni dan Crew Natura Campground

Bagi yang berminat untuk menginap di sini,  k mied sertakan infonya.
👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
Lokasi : Lot PT666 Ulu Semie, Kg Shafie Manchis, Bentong, Malaysia
WhatsApp : 016-449 4354
Salam sayang,

#NaturaCampground #Camping #CampingLife #Nature

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...