Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

TEMPAT HEALING DI BENTONG : NATURA CAMPGROUND

  Assalamulaikum dan salam sejahtera . Hujung minggu baru-baru ini, kak mied bersama beberapa sahabat blogger  yang lain telah berkunjung ke daerah Bentong, Pahang. Kami ke sini atas jemputan dari Dato'  Seri Hajjah Siti Murni Dato' Seri Sheikh Ahmad   iaitu Ceo Syarikat Ghullam Development Sdn Bhd . Syarikat Ghullam Development Sdn Bhd,  merupakan syarikat yang mengelolakan Program I-Kembali iaitu program yang menyediakan peluang pekerjaan untuk bekas banduan,  orang diparol dan di selia dengan jabatan penjara . Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program ini boleh layari https://i-kembali.com.my/ Kami semua berkumpul pada pukul 11:00 pagi di Cyberjaya dan kemudian menaiki kenderaan ke Natura Campground iaitu sebuah Campsite milik  Dato' Seri Siti Murni sendiri. Kami bertolak kira-kira jam 11.30 pagi dan singgah untuk makan tengahari Kedai Makan Kak Su di Simpang Pelangai . Sedap masakan Nogori Sembilan kat Kedai Kak Su nie..Terangkat Beb!! Dah Sampai Simpang Pelan

MUNAWWAREEN ANJUR PROGRAM TAUSIYAH 1 MUHARAM "HIJRAH: MELANGKAH DENGAN CINTA"

Assalamulaikum dan salam sejahtera Pada 1 Muharram 1445 H, kak mied telah menghadiri Majlis sambutan Awal Muharam iaitu Program Tausiyah 1 Muharram "Hijrah, Melangkah dengan Cinta" yang diadakan di Forest Valley Hall, Cheras. Program Tausiyah 1 Muharram “Hijrah, Melangkah dengan Cinta dianjurkan oleh Munawwareen iaitu Jenama fesyen Islamik .   Berkonsepkan ' sharing session ' di antara panel jemputan dan juga tetamu yang diraikan. Seramai 500 para muslimat menghadiri majlis ilmiah ini yang bermula seawal jam 9 pagi. Pembuka tahun 1445H, program ini juga mengangkat topik hijrah yang dilalui, sama ada suka ataupun duka dan bagaimana konsep hijrah itu sendiri diterapkan dalam kehidupan yang semakin mencabar juga menyuntik azam baru dan semangat yang kuat untuk laluan tahun baru 1445H.  Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam seluruh dunia kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati