Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mesti ramai sudah sampai di Hatyai kan?? Ada yang sudah berulangkali pun pergi ke Hatyai tanpa sedikit pun rasa jemu🤭.
Apa menariknya Hatyai ini??
Menariknya Hatyai ini, ikut perspektif masing-masing. Bagi kak mied yang menarik tentang Hatyai adalah keenakkan makanannya.
Bagi sesetengah orang pula, Hatyai adalah syurga membeli belah jadi semua ini terpulang kepada keinginan dan citarasa masing-masing.
Balik kepada cerita kak mied, cuti hari raya Aidil Fitri baru-baru ini sempatlah kak mied sekeluarga berkunjung ke Hatyai, orang kata alang-alang dah sampai rumah saudara-mara di Padang Besar, Perlis...kita terus aje ke seberang sempadan🥰.
Kebetulan kak mied masuk melalui Padang Besar selepas seminggu kita menyambut Raya jadi tidak ada langsung masalah kesesakan...setengah jam semua dah selesai.
Bila tujuan utama adalah memenuhi selera anak tekak dan perut buyut kami, maka pemilihan tempat makan dan restoran halal menjadi keutamaan.
Ada beberapa restoran yang sempat kak mied menjamu selera ketika di Hatyai.
#Restoran Kai- Tod Decha
Sampai aje di restoran ini, memang berderet orang beratur untuk mendapatkan meja tapi taklah lama mana, kerana servis diorang memang pantas walaupun ramai pelanggan.
Nama kita akan di panggil dan di beri nombor meja serta berapa orang bersama kita. Sambil tue sempatlah kak mied ketawa sebab gaya slang yang keluar dari pemanggil dah macam orang Kelantan Siam🤭.
Di Kai Tod Decha ini, katanya Nasi Bryani versi Thailand yang femes tue sangat sedap tapi kak mied sekeluarga tak gemarlah pulak sebab bagi kami nasi bryani yang sedap memang kat Kashmir( alamak!! Jauhnya nak pergi..kena repeat nie..hahaha).
Kami ini kalau gi Thailand memang mengorder Seafood dan Tom Yam jer lah. Jadi, tak usah ditanyalah sedap ke Nasib Bryani kat situ...memang tak terjawablah tapi Seafood memang fresh- fresh. Harga dan rasa tidak mengecewakan..kenalah dengan tekak kitaorang.
#Dimsum Chabura
Tempat makanan popular bagi pelancong Malaysia lebih-lebih lagi pada pengemar Dimsum.
Ada pelbagai jenis dimsum terdapat disini, pilih aje..semua akan dihidangkan di meja anda. Selain Dimsum, ada pelbagai lagi makanan lain yang pasti memenuhi selera orang Malaysia seperti mee hoon sup, meehoon goreng, roti canai dan sebagainya.
#Khlong Hae Floating Market
Kalau dah sampai Hatyai, tidak datang ke pasar terapung Khlong Hae untuk menjamu selera memang rasanya tak lengkap kan!!
Sampai aje di kawasan ini, kita boleh melihat deretan sampan-sampan yang menjual makanan yang unik dan menarik. Makanan yang terdapat di sini seperti Somtam, kerabu maggi, telur puyuh, ayam goreng, buah-buahan colek dan banyak lagi.
Terdapat juga gerai-gerai biasa di bahagian atas, jadi para pengunjung boleh memilih pelbagai makanan untuk dinikmati.
#Hamid Restaurant
Restoran ini terletak berhampiran dengan Lee Garden Plaza. Kebanyakkan hidangan makanan di sini lebih kurang sama dengan restoran Tomyam di Malaysia.
Bolehlah order makanan seperti nasi goreng kampung, mee goreng, sup ekor, sup daging, tomyam dan sebagainya.
#Pasar malam Lee Gardens Plaza
Pasar malam ini beroperasi setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad di depan Lee Garden Plaza
Meriah sungguh pasar malam disini. Terdapat sajian udang galah, pankek, pulut mangga dan bermacam-macam lagi. Selain makanan dan minuman jualan pakaian dan cenderahati juga terdapat di sini.
Kebetulan hotel penginapan kak mied tersangatlah dekat dengan Lee Garden Plaza nie, maka setiap malamlah kak mied merayap cari makan disini🥰
#SeaVerse Cafe dan Restaurant
Sebuah perkampungan terapung, memiliki taman yang cantik, juga terdapat Cafe serta restoran untuk pengunjung menjamu selera.
Baru dibuka pada tahun 2022, Lokasi berdekatan dengan Masjid Besar Songkla.
Lanskap sekeliling yan unik, terdapat beberapa jambatan gantung yang menarik serta menara tinjau untuk menikmati pemandangan sekitar.
Sudah puas berOOTD, korang bolehlah berhenti di Cafe atau Restoran di sini untuk menikmati hidangan stau membasahkan tekak
Bayaran masuk sebanyak TB40 tetap akan dikenakan kepada setiap pengunjung walaupun kita datang untuk makan di Cafe atau di Restorannya.
"Food is an exprience to be explored and enjoyed"
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN