Assalamulaikum dan salam sejahtera
Malam isnin baru-baru ini, kak mied bersama anak-anak ke Bbq Lamb KL Kemensah yang terletak di Ulu Klang. Bagi yang tak pernah ke sini, senang aje..ikut Laluan tepi Zoo Negara untuk ke Kampung Kemensah pastilah korang jumpa. Nak senang guna google Map atau Waze, taip aje Bbq Lamb KL Kemensah...pasti jumpa😘
Biasanya kak mied ke sini untuk makan tengahari untuk menikmati hidangan "barbeque" dan "daging smoke" sambil duduk di bangku yang diletakkan dalam sungai....asyik banget nie ooi🤭
tapi kali ini datang pada waktu malam untuk menikmati Steamboat dan grill pula.
Lampu terang benderang...jadi tak lah gelap walau pun tepi sungai |
Steamboat dan Grill di sini baru sahaja diperkenalkan. Sebenarnya di mana-mana pun kita boleh menikmati Steamboat dan Grill nie, cuma kelainan di sini tentulah suasananya...memang bestlah makan sambil lepak santai tepi sungai sambil tue dengar deruan air sungai.
Kak Mied tiba di BBQ Lamb KL Kemensah pukul 8.30 malam. Waktu kak mied tiba, dah ada 4 meja yang sudah ada pelanggan, rasa agak selesa datang pada hari biasa kerana tak penuh dan tak payah menunggu. Kalau datang hujung minggu memang penuh.
Pelbagai pilihan seafood terdapat disini antaranya ketam,udang, sotong, pepahat, kepah untuk di nikmati sampai kenyang🤭🤭yang marinate pulak sotong, daging ayam, daging kambing ..ini bila di grill memang terbaik👍.
Bebola udang, ketam,fish cake, cendawan, mee, sayuran semuanya ada.
Dari segi sos pulak, ada beberapa sos antaranya thai sauce, mint sauce, black paper, chili kicap dan ada dua jenis lagi yang kak mied tak tahu namanya tapi semua disediakan sendiri oleh BBq Lamb Kemensah. Memang syioq habis mencicah dengan sos-sos yang cukup rasa nie.
Kuah pulak kak mied memang pilih kuah tomyam, memang gitewlah sejak azali makan steamboat pilih kuah tomyam. Ada jer kuah lain selain kuah tomyam seperti kuah sup ayam atau kimchi.
Habis mengrill dan menikmati steamboat jangan lupa cuba dimsum pulak tau. Kak mied seperti biasa tak cuba pun sebab kak mied bukan peminat dimsum tapi kak mied peminat ABC dan Ais Krim. Memang ABC dan Ais Krim lah kak mied buat pencuci mulut di tambah dengan kek coklat dan kek pandan roll serta buah-buah seperti tembikai dan limau.
Air minuman pulak ada dua jenis yaitu syrup bandung dan kordial anggur. Nak air panas pulak jangan risau teh O panas juga tersedia.
Memang puashati lah kak mied dan anak-anak menikmati steamboat kt sini. Harga pun amat berpatutan hanya Rm35 perpax, kanak-kanak dan wargamas ada diskaun lagi.
Sempat lagi celup-celup kaki kt sini😘😘 |
Kak mied syorkan whatsapp atau cal dulu sebelum datang sebab memang selalu penuh, kalau dah booking tue tak lah kecewakan.
Untuk tempahan dan info lanjut :
019 9631657
012 2114100
Facebook : BBq Lamb KL Kemensah
Instagram : bbqlambklkemensah
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN