Skip to main content

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022.
Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.
 
Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain.
Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di 
Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan).  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal Jepun seperti Nitori, Nojima, Don Don Donki dan banyak lagi. 

Jom kak mied bawak korang menjelajah dari Level ke Level untuk mengetahui apa yang menariknya di Lalaport BBCC ini.
Mula-mula sekali untuk menyenangkan dan mendapatkan maklumat terkini korang kena download Applikasi Lalaport My Mobile. Semua tawaran, promosi serta directori terkini boleh di lihat di Applikasi nie atau boleh scan barcode di G Floor.


Lalaport BBCC ini mempunyai 11 tingkat,  iaitu 4 tingkat tempat letak kereta bawah tanah,  2 tingkat lower ground dan 5 tingkat ruang membeli belah.
Kita mulakan dengan :
Lower Ground 1 (LG 1)
( Highlights)

  • Depachika Marche iaitu kedai/gerai konsep penyediaan makanan bungkus.
  • Cafeteria - Fork Free, Food Court
  • Jaya Grocer
  • Money Exchange

Cafetaria- terdapat Medan Selera disini

 Ground Floor (GF)
(Highlights)
  • Gourmet Street
  • Metrojaya
  • M Store Lab
  • Zepp KL (Link)
  • MGB (Link)
Gourmet Street - Nikmati Minuman dan makanan dengan suasana lebih santai

L1 Floor (Highlights)
  • BookXcess
  • Max Fashion
  • LRT Hang Tuah (Link Bridge)
  • MGB (Link Bridge)
BookXcess BBCC - Susunatur buku serta hiasan dalaman yang  unik pasti 
membuat pengunjung gemar untuk ke sini.



L2 Floor (Highlights)
  • Mr D.I.Y
  • Sony Store
  • LRT Hang Tuah (Link Bridge)
  • MGB (Link Bridge)

L3 Floor (Highlights)
  • Nojima
  • Nitori
  • Adidas Performance
  • GSC ( Link Bridge- coming soon)
Nitori - Ikea Versi Jepun

Nojima - Kedai perkakasan Letrik Jepun

L4 Floor (Highlights)
  • Garden Dining
  • Coo& Riku
  • Life n Fitness
  • Rollerwa+
  • Central Rooftop Garden
Garden Dining - tempat makan luas yang boleh memuatkan 1400 orang

Coo & Riku - bukan sekadar kedai makanan dan keperluan haiwan tetapi terdapat Cafe kucing yang membolehkan pengunjung menikmati kopi sambil bermesra dengan lebih 50 ekor kucing pelbagai baka

RollerWa+ - sebuah gelanggang indoor kasut roda atau roller skate khas dari Korea


Central Rooftop Garden (L4)
Nikmatilah keindahan permandangan sambil bersantai di Central Rooftop Garden yang berkeluasan 1,700 meter persegi yang dikelilingi pokok-pokok, berlantaikan kehijauan rumput serta berlatarbelakangkan permandangan Menara Merdeka 118, TRX dan Berjaya Times Square.
 

Untuk ke Central Rooftop Garden ini, selain menggunakan escalator dan lif,  pengunjung boleh menggunakan tangga LED  berlampu " Grand Staircase".

Grand Staircase - Lampu di tangga ini.akan bertukar setiap masa,  membuat lebih menarik di waktu malam

Lalaport BBCC juga mempunyai ruang acara yang besar dan unik,  yang terletak di tengah Gourmet Street iaitu WOW Plaza.
Kemudahan-kemudahan lain antaranya Surau terdapat di LG1 & L3parkir OKU & Wanita, Taman Mainan Kanak-kanak di L5,  Mesin ATM di GF & LG1 serta Kaunter pertanyaan di Level GF.


Pemandu pelancong dan Agensi Pelancongan yang mengikuti Famtrip kali ini

Untuk mereka yang ingin mengunjungi Lalaport BBCC,  buat masa ini parkir adalah percuma dan boleh di akses dari 3 terowong manakala bagi yang menaiki LRT dan monorail,  boleh turun di Stesen Hang Tuah dan terus ikut Link Jambatan yang akan ke L1 dan L2. Bagi yang menaiki MRT hanya 5 minit berjalan kaki dari Stesen Merdeka.

Untuk info lanjut sila layari website :

Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...