Assalamulaikum dan salam sejahtera Malam isnin baru-baru ini, kak mied bersama anak-anak ke Bbq Lamb KL Kemensah yang terletak di Ulu Klang . Bagi yang tak pernah ke sini, senang aje..ikut Laluan tepi Zoo Negara untuk ke Kampung Kemensah pastilah korang jumpa. Nak senang guna google Map atau Waze, taip aje Bbq Lamb KL Kemensah...pasti jumpa😘 Biasanya kak mied ke sini untuk makan tengahari untuk menikmati hidangan "barbeque" dan "daging smoke" sambil duduk di bangku yang diletakkan dalam sungai....asyik banget nie ooi🤭 tapi kali ini datang pada waktu malam untuk menikmati Steamboat dan grill pula. Lampu terang benderang...jadi tak lah gelap walau pun tepi sungai Steamboat dan Grill di sini baru sahaja diperkenalkan. Sebenarnya di mana-mana pun kita boleh menikmati Steamboat dan Grill nie, cuma kelainan di sini tentulah suasananya...memang bestlah makan sambil lepak santai tepi sungai sambil tue dengar deruan air sungai. Kak Mied tiba di BBQ Lamb KL Kem...