Dikendalikan oleh LNH Tour & Transport, fasa pertama Bas Pelancongan HOHO ini akan dikendalikan di Sepang dengan bantuan daripada 17 pengendali produk pelancongan; Farm Fresh @ UPM Serdang, Avani Goldcoast Resort & Spa, Jeti Sirip Biru, Litar Antarabangsa Sepang, HL Dragon Fruit, Mitsui Outlet dan beberapa lagi.
EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar, Yang Berhormat Tuan Hee Loy Sian dalam satu kenyataan berkata, Negeri Selangor menggalakkan lebih banyak penglibatan agensi dan pemain utama industri pelancongan untuk menyokong inisiatif seperti ini, sebagai nilai tambah kepada pelancong untuk terus menikmati keunikan dan keindahan produk pelancongan Selangor.
Para Pengamal Media sempat mencuba menaiki bas HoHo Selangor di hari pelancaran |
Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan memberi kerjasama lebih giat lagi dalam membangunkan pakej perkhidmatan bas pelancongan HOHO melalui aplikasi mudah alih 'Go Selangor'. Kerajaan negeri menganggarkan peningkatan sebanyak 75% dalam tempoh enam bulan pertama menerusi laman tempahan hohoselangor.com dan aplikasi Go Selangor yang boleh diakses menerusi laman sesawang Selangor.Travel, serta laman media sosial rasmi Tourism Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram .
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN