Skip to main content

MAJLIS SIDANG MEDIA DAN PELANCARAN UNDIAN ATAS TALIAN ANUGERAH TELENOVELA KE-9

 Majlis Sidang Media dan Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-9 diadakan pada hari Sabtu, 27 Mei 2023 jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bertempat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.


Anugerah Telenovela kali ke-9 adalah anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)
bersama Intact Media Sdn. Bhd.
Anugerah Telenovela merupakan sub-kategori kepada Anugerah Buku Negara yang mula 
diperkenalkan pada tahun 2005 dan pada tahun 2015 Anugerah Telenovela telah dianjurkan secara berasingan. Kini, Anugerah Telenovela telah menjadi acara tahunan yang berprestij bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan warga industri seni kreatif tempatan yang sentiasa 
menerbitkan karya berkualiti tinggi dan berpotensi untuk menembusi pasaran di peringkat global.

Ini bertepatan dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh 
UNESCO, atau UNESCO – Kuala Lumpur World Book Capital 2020.
Anugerah Telenovela kali ini merupakan edisi kesembilan (ATN9) dengan menghimpunkan 
sebanyak 46 calon karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem bagi tayangan dari Januari hingga Disember 2022 berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam 2 Kategori, iaitu Kategori Popular (100% Undian Online) dan Kategori Terbaik (100% Penjurian oleh Juri Profesional). Kesemua karya adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen atau stesen satelit atau stesen umum (Free To Air. FTA) atau pawagam. Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima. 

Pengerusi Anugerah Telenovela, (Dr) Hasan Hamzah berkata, penganjuran ini dianggap usaha berterusan dan konsisten bagi merancakkan industri penerbitan dan seni kreatif tempatan

Semua karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang disiarkan di televisyen, platform digital dan pawagam secara automatik dinilai dan disaring. Bagi KATEGORI POPULAR, undian 100% dibuat oleh kumpulan peminat melalui laman web rasmi : 

 https://www.telenovela.my, manakala KATEGORI TERBAIK pula penilaiannya dibuat oleh kumpulan juri profesional. 


Seiring hasrat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperkasa 
usaha memacu industri kreatif tempatan menembusi pasaran global, pemenang Kategori 
Telenovela Terbaik Anugerah Telenovela Ke-9 berpotensi dipertandingkan pada Anugerah 
Telenovela Antarabangsa (International Telenovela Award) yang akan berlangsung pada 
penghujung tahun ini. Langkah ini seiring usaha mengangkat karya kreatif tempatan ke peringkat 
global dan memperkenalkan produk Malaysia di pentas dunia. 
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim atau 
Mat London yang juga Pengerusi Panel Penjurian Profesional ATN9 berkata, 46 karya yang 
dipertandingkan banyak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Penilaian paling utama adalah 
asas naratif atau penceritaan berpaksikan konsep yang berlandaskan kekayaan budaya, 
kesopanan dan amalan bangsa. Begitu juga aspek bahasa yang berhikmah dan sopan santun. 
Antara kriteria yang kita hendak 'jual' atau tampilkan ke luar negara ialah identiti bangsa 
Malaysia. Tentunya, karya yang dipertandingkan tidak langsung mempunyai unsur ciplak atau 
peniruan jalan cerita daripada karya lain. Barisan juri profesional bertanggungjawab mengadili Anugerah Telenovela Ke-9 ini mengikut piawaian antarabangsa. 

KATEGORI ANUGERAH TELENOVELA KE-9:
A. Kategori Popular (100 % Undian Online) 
1. Novel Popular
2. Telenovela Popular
3. Pelakon Lelaki Telenovela Popular 
4. Pelakon Wanita Telenovela Popular
5. Pasangan Serasi Popular 
Untuk kali ini, ATN9 membawa kelainan dengan memperkenalkan beberapa konsep baru dalam
pengundian "online" dengan motto "Mengundi Sambil Menderma", hadiah untuk peminat 
bertuah dan Shop@Telenovela untuk karyawan, artis dan penggiat seni dan kreatif tempatan 
dalam memasarkan produk-produk mereka. 
Melalui konsep "Mengundi Sambil Menderma", setiap nilai pengundian ini akan membolehkan 
pengiktirafan dan sokongan diberikan kepada karyawan, penerbit, pengarah, pengarang dan artis serta tenaga kerja yang terbabit secara langsung atau tidak langsung, dalam membawa karya agung lebih jauh lagi. Bagi peminat-peminat yang mengundi di dalam kategori popular yang dipertandingkan ini, mereka berpeluang untuk memenangi HADIAH-HADIAH BULANAN, BONANZA dan HADIAH KHAS yang ditawarkan. 

Pengerusi Eksekutif Intact Media Sdn Bhd, En Mohammed Rishi Md Ross, berkata sempena Pesta 
Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WCKL) sehingga 4 Jun 2023 ini, pengundi-pengundi bertuah yang membuat pengundian di 
WTCKL akan berpeluang mendapat hadiah-hadiah harian yang disediakan sepanjang tempoh Pesta Buku ini.

Selain dari hadiah Bonanza, acara kali ini akan dimeriahkan lagi dengan memperkenalkan 
shop@Telenovela sebagai platform e-dagang Telenovela bagi memperluaskan usaha pemasaran produk-produk kreatif pengiat seni tempatan ke mata dunia. "Ini adalah merupakan usaha konsisten dan berterusan kami dalam membantu dan menggalakkan karyawan dan anak-anak seni untuk terus berkarya dan menghargai hasil kerja keras mereka serta memberi kredit yang perlu untuk karya-karya kreatif yang berkualiti yang diterbitkan atau akan diterbitkan," katanya.

Pengundian Atas Talian (Online) bagi Fasa 1 dibuka kepada peminat menerusi laman portal 
https://www.telenovela.my bermula dari 27 Mei 2023, bagi memberi peluang kepada para 
peminat tegar untuk mengundi karya-karya adaptasi “Book2Screen”, iaitu novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem yang mereka rasakan layak untuk bergelar pemenang.


Berikut merupakan tarikh undian atas talian mengikut fasa.

Fasa Tarikh Dilancarkan
Pertama (Pencalonan Penuh 46 telenovela 
(drama bersiri), telefilem dan filem)
27 Mei 2023

Kedua (Top 20) 
Julai 2023

Ketiga (Top 10) 
Ogos 2023

Keempat (Top 5)
September 2023

Grand Finale
Oktober 2023

B. Kategori Terbaik (100 % Penjurian Oleh Juri Profesional
1. Novel 
1.1. Novel Terbaik
1.2. Novelis Terbaik
1.3. Penerbit Novel Terbaik 
2. Telenovela (Drama Bersiri) 
2.1. Telenovela Terbaik
2.2. Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik
2.3. Pelakon Wanita Telenovela Terbaik
2.4. Pengarah Telenovela Terbaik 
2.5. Penulis Skrip Telenovela Terbaik
2.6. Sinematorgrafi Telenovela Terbaik
2.7. Penyunting Telenovela Terbaik 

3. Telefilem 
3.1. Telefilem Terbaik
3.2. Pengarah Telefilem Terbaik
3.3. Penulis Skrip Telefilem Terbaik
3.4. Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik
3.5. Pelakon Wanita Telefilem Terbaik
3.6. Pelakon Pembantu Telefilem Terbaik 

4. Filem 
4.1. Filem Terbaik
4.2. Pengarah Filem Terbaik
4.3. Penulis Skrip Filem Terbaik 
4.4. Pelakon Lelaki Filem Terbaik
4.5. Pelakon Wanita Filem Terbaik
4.6.Pelakon Pembantu Filem Terbaik
5. Lagu Tema Terbaik 
5.1. Lagu Tema Terbaik 

C. ANUGERAH KHAS 
1. Primadona Telenovela 
2. Pelakon Kanak-Kanak Pilihan
3. Stesen Penyiar Telenovela Popular
4. Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak 
5. Budaya, Nilai Kemasyarakatan, Seni dan Estetika
6. Pelakon Harapan Telenovela
6. Teknikal Produksi Terbaik 

D. ANUGERAH KEMUNCAK 
1. Bintang Telenovela 
2. Ratu Telenovela
Senarai penuh pencalonan Anugerah Telenovela Ke-9 boleh dirujuk melalui laman web rasmi 
Anugerah Telenovela: https://www.telenovela.my
Ini adalah salah satu usaha berterusan dan konsisten oleh YPBN yang sentiasa komited dalam mendokong hasrat Kerajaan Malaysia untuk merancakkan lagi industri penerbitan dan seni 
kreatif negara dengan penghasilan karya-karya yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia, 
seterusnya memberikan impak besar terhadap pembangunan tamadun, sosial serta ekonomi 
negara menurut acuan MALAYSIA MADANI yang diasaskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia


E-mel : sekretariat@ypbn.org.my | sekretariatypbn1@gmail.com

Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...