Assalamulaikum dan salam sejahtera Sebulan berhari Raya bersama Lemang dan Ketupat semestinya membuatkan anda merindui suasana bersarapan pagi dengan tenang dan santai. Mari kita jejaki 10 tempat sarapan menarik di Selangor dengan masakan yang lazat dan sesuai dengan citarasa anda! # Kopitiam 143, Ampang Jaya Berada di pekan kecil Ampan g, Kopitiam 143 menyajikan hidangan sarapan tradisional seperti telur separuh masak, mee wantan, roti bakar arang dan masakan Asia yang lazat. Dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari, kecuali hari Selasa, pelanggan dibenarkan untuk makan di kopitiam ini sahaja, untuk mengekalkan kualiti dan rasa hidangan yang baru dimasak! #Kueh@Seksyen 13, Shah Alam Mari menikmati kudap-kudapan di waktu pagi! Kueh@Seksyen 13 menawarkan lebih 40 jenis kuih muih tempatan yang dibuat setiap hari. Terdapat manis-manisan yang enak, kafe ini dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam, tersedia untuk sarapan pagi dan minuman petang! Terdapat juga pel...