PROGRAM MERAIKAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM RUMAH AMAL AL FIRDAUS ANJURAN BERSAMA PLAZA SHAH ALAM DAN BOB ROCK CLOTHING (BRC).
Program ini bermula dengan majlis penyerahan bahan keperluan di sebelah petangnya.
Pelbagai barangan keperluan telah disumbangkan oleh para penyumbang |
Para pengunjung dan orang ramai juga boleh menghulurkan sumbangan untuk Rumah Amal Al Firdaus. Barangan dan jenis sumbangan yang boleh dihulurkan adalah seperti :
- Bantuan kewangan
- Lampin pakai buang (S-XL)
- Pakaian harian (umur 2 tahun - 6 tahun)
- Berus gigi
- Ubat gigi
- Sabun mandi
- Sabun basuh pakaian
- Shampoo kanak-kanak
- Tuala
- Ubat-ubatan seperti krim ekzema
- Tikar/pelapik lembut berlipat
- Keperluan makanan harian seperti beras, susu, gula, minyak dan sebagainya.
Selepas selesai majlis penyerahan sumbangan, program diteruskan dengan majlis berbuka puasa yang di taja oleh Bob Rock Clothing (BRC).
Program diakhiri dengan majlis penyampaian duit raya kepada anak-anak dari Rumah Amal Al-Firdaus oleh para penyumbang antaranya Kelab Kucing Malaysia, Ghadeez KL, Belacu, Lepaque dan Bob Rock Clothing sendiri.
Menurut En. Syafiq Azizan, Pegawai Pembangunan Perniagaan Bob Rock Clothing, program seumpama ini merupakan aktiviti rutin BRC setiap kali tibanya Bulan Ramadhan dan menjelangnya hari raya.
"Kami mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk rakan korporat atau badan bukan kerajaan agar lebih banyak lagi golongan yang memerlukan dapat diraikan bersempena bulan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi."
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN