Assalamulaikum dan Salam sejahtera. Bila kita melancong ke sesuatu tempat, kita pasti ingin membawa pulang cenderahati atau barangan untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan. Ini tidak terkecuali ketika kak mied melancong ke Turkiye baru- baru ini. Turkiye bukan sahaja mempunyai tempat-tempat menarik dan bersejarah namun ia juga terdapat pelbagai barangan unik dan khas yang hanya terdapat di sana. Ada beberapa tempat shopping yang wajib kita pergi ketika di Turkiye antaranya : #Kedai Turkish Delight di Bursa/Izmir/ Istanbul Turkish Delight atau Lokum adalah sejenis pencuci mulut dan mempunyai pelbagai perasa. Menjadi kebiasaan pelancong dari Malaysia membeli Turkish Delight untuk di bawa balik dan di jadikan cenderahati untuk di beri pada keluarga dan rakan-rakan. #Kedai Minyak Zaitun ( Olive Oil) - Izmir Di Izmir kita akan di bawa ke kedai yang menjual produk kesihatan dan juga yang menjual pelbagai minyak zaitun. Turkiye adalah salah sebuah ne...