Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini kak mied ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara kak mied. Alang-alang dah sampai ke Perak, anak-anak mengajaklah jalan-jalan di Ipoh dan yang paling best anak-anak booking penginapan di The Haven All Suite Resort, Ipoh.
Alangkah gembiranya hati sebab dah lama teringin nak menginap di sini kerana The Haven All Suite resort ini merupakan sebuah hotel yang bertaraf resort mewah. Terletak kira-kira 3km aje dari tempat percutian terkenal Lost World of Tambun.
Yang paling kak mied suka panorama sekeliling yang menghijau dengan kawasan bukit batu kapur serta tasik...sangat tenang uolls.
Kak mied dan anak-anak tiba di resort ini kira-kira jam 2 petang, kami terus ke kaunter pendaftaran..sepatutnya check in jam 3 petang tapi semua dah ready maka awallah sikit kami check in. Seperti lain- lain resort atau hotel, deposit akan di kenakan. Deposit untuk penginapan semalam adalah Rm300.
Nie lobby ..tempat register |
Mengenai parking kenderaan pula, jangan risau parking untuk visitor memang di sediakan. Anda boleh memilih untuk parking open space atau dalam bangunan. Memandangkan kereta anak kak mied yang sorang nie masih bau kedai jadi cari parking berbumbunglah nampaknya🤭. Di parking berbumbung cuma jangan letak di parking yang dikhaskan untuk residen sudahlah..yang lain boleh jer.
The Haven ini mempunyai 3 blok bangunan iaitu Tower A(Acacia), Tower B (Bayan) dan Tower C (Cycas). Kami menginap di Suite di Tower B (Bayan), memang Tower B di buka untuk pengunjung luar untuk menginap di sini.
Suite kami di tingkat 4 mengadap tasik, memang cantik viewnya dan suasana amat mendamaikan.
View dari suite kami memang mendamaikan..hilang rasa gundah gulana🤭 |
Tenang ribut jiwa....... |
Suite nie mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Master bedroom sangat luas serta mempunyai bathtab. Bilik 2 dan 3 berkongsi bilik air di tengah-tengah. Toiletries juga disediakan.
Ruang dapur pula dilengkapi dengan mesin kopi, peti sejuk, cerek dan ketuhar. Memang senanglah untuk panaskan makanan jika malas nak keluar dari bilik. Terdapat juga ruangan untuk menyidai pakaian untuk dikeringkan.
Ruang tamu pula amat luas dengan
Televisyen serta kemudahan wi fi turut tersedia.
Kebiasaan kak mied jika menginap di hotel atau resort, kak mied akan mencuba kemudahan-kemudahan yang disediakan terutamanya kolam renang.
Kolam renang infiniti di sini memang menarik kerana bersebelahan dengan tasik semulajadi dengan bentuk kuda laut (sea horse). Kolam renang ini terdapat 5 level iaitu jacuzzi, children pool, lap pool, leisure pool dan wading pool Waktu operasi di kolam renang ini dari 7 pagi hingga 10 malam.
Best jacuzzi.....air panas lagi |
Banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di sini seperti Gimnasium, Spa, Court Badminton, tennis ,squash, bola keranjang, ruang yoga & meditasi, trek berjogging, poolside bar & restaurant, pet corner dan lain- lain lagi.
Kemudahan ruang acara pula seperti Ballroom, ruang geleri,bilik seminar, amphitheater dan lain-lain.
Walaupun penginapan kami 2 hari 1 malam sahaja, namun sempatlah kami menjengah ke Pet Coner dan jalan-jalan di trek jogging mengelilingi tasik sambil melihat keindahan alam semulajadi.
Sebelum tue, kami sempatlah menikmati "Welcome drink" di The Cuisines.
The Cuisines nie merupakan satu- satunya restoran yang terdapat di The Haven All Resort Ipoh nie. Terletak berhampiran Kolam renang dan tasik semulajadi. Jadi sambil menjamu selera, sambil- sambil menikmati alam gitew.
"Welcome Drink" pula dinamakan Haven 's All Natural Drink. Gabungan bahan- bahan semulajadi seperti serai, halia, kulit kayu manis, limau nipis, kunyit, madu dan wild Chrysanthemum. Semua bahan-bahan ditumbuk secara tradisional kemudian di tapis untuk mendapat minuman Haven's All Natural Drink ini. Lepas menikmati segelas pasti terasa segar. Ianya sangat elok bagi membuang angin-angin dalam badan 🥰.
Kak mied tak lepas peluang, menyusuri trek jogging walaupun hanya jalan-jalan lenggang kangkung jer. Trek ini akan menyusur sekitar tepi tasik berlatarbelakangkan hutan batu kapur Rockhaven.
Port Healing terbaik😘 |
Tertiba muncul pulak Dinosaur ...hahaha.. Replika Dinosour ini adalah simbolik kepada kewujudan kepada Rockhaven yang berusia lebih 280 juta tahun.
Jadi pada yang berminat nak merasai kedamaian di resort ini bolehlah hubungi :
Tel : 05-5400000 ( tempahan)
Hot line : 1700-8-17000
Email : reservation@thehavenipoh.com
📍Alamat : The Haven All Suites Resort
Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak
Website : www.thehavenresorts.com
Facebook : https://www.facebook.com/thehavenresorts/
Instagram : https://instagram.com/thehavenresorts
Selamat bercuti💞
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN