Assalamulaikum dan salam sejahtera
Ketika artikel ini ditulis, kak mied sudah sebulan pulang dari bumi Turkiye. Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dapat pulang ke Malaysia sebelum gempa bumi besar melanda Turkiye dan Syria pada 6 Feb 2023.
Walaupun gempa bumi berlaku di luar kawasan tarikan pelancungan, namun jika Airport Istanbul di tutup memang kita semua pasti terkandas di Istanbul.
Selepas 6 hari pulang ke Malaysia, hari ke 7 kak mied telah di masukkan ke hospital pula, bermulalah 5 hari 4 malam bercuti di hospital dengan penjagaan rapi di hospital🤭🤭.
Demam dengan suhu mencapai 40 darjah, akhirnya di sahkan serangan virus di sistem pernafasan...nasiblahlah virus belum menyerang paru-paru..kalau paru-paru kena serang kak mied tak tahulah macamana keadaan kak mied. Serangan virus ke sistem pernafasan pun rasanya dah cukup azab.
Teringat ketika berjimba-jimba di Turkiye, lupa langsung nak pakai mask....apakah sebab itu hingga virus-virus berkesempatan masuk ke rongga-rongga pernafasan??? wallahualam !
Lepas nie kak mied dah serik, jika berada di tempat sesak atau pergi luar negari kak mied pasti tak lupakan mask...dah tidak berani ambik risiko.
Berbalik kepada cerita kak mied mengenai Turkiye nie, sebenarnya pada tahun 2020 dua kali mendapat tawaran jadi Tour Leader ke Turkiye tapi di sebabkan PKP semuanya tergendala hinggalah sekarang. Barulah tahun 2023 dapat ke Turkiye. Alhamdulillah
Okay..jom kita mulakan cerita kak mied ke sana.
Kisah perjalanan dulu. Penerbangan ke Turkiye kali ini dengan Etihad Airway dan Transit di Abu Dhabi selama 3 jam. Dari Klia ke Abu Dhabi hampir 8 jam..transit 3 jam kemudian sambung lagi 4 jam...memang rasa nak patah pinggang😅😅.
|
Nak juga bergambar kt unta palsu nie di Abu Dhabi Airport |
|
Transit sini ..lebih kurang 3 jam🥰 |
Namun ...bila sampai ke Istanbul, penat lelah tue otomatik hilang..nie bagi orang macam kak mied yg memang suka travel ...tak da istilah penat kalau berjalan..hahaha.
Sampai-sampai awal pagi..kitaorang sarapan dulu sebelum meneruskan aturcara lainnya.
|
Nie lah Sarapan kami ...makanan ruji diorg roti dan kentang |
|
Dah selesai sarapan ...terus kita jalan-jalan sekitar Istanbul dulu |
Di mulakan dari Istanbul - Bolu - Cappadocia- Konya- Pamukkale - Kusadasi- Istanbul
Jom kita tengok tempat-tempat yang kami lawati sepanjang 10 hari di bumi Turkiye.
#BOSPHORUS CRUISE
Bosphorus Cruise menawarkan pemandangan indah sepanjang pelayaran sekitar 40 minit. Ia akan menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Laut Hitam dan Laut Marmara.
Kita boleh melihat Keindahan bangunan, masjid semasa menyusuri laluan Cruise.
selain melihat panorama menarik, kita juga berpeluang melihat keunikan burung camar yang bebas berterbangan di Selat Bosphorus ini yang juga merupakan sempadan Eropah dan Asia.
|
Kak mied suka sangat tengok burung2 camar nie...rasa healing sangat |
|
Seronok diorang terbang sambil meragut roti |
#HAGHIA SOPHIA
Haghia Sophia pada asalnya adalah sebuah gereja dan kemudian telah bertukar menjadi sebuah Masjid kini ia adalah sebuah Muzium.
Merupakan salah satu monumen tinggalan sejarah Turki yang cantik dengan senibina Islam dan Kristian.
|
Memang terpesona melihat keindahan senibinanya |
#MASJID BIRU/BLUE MOSQUE(MASJID SULTAN AHMED)
Merupakan masjid pertama pada zaman pemerintahan Sultan Ahmed. Dibina sendiri oleh Sultan Ahmed dan menjadi lambang kehebatan empayar Turki.
Di namakan Masjid Biru kerana hiasan jubin di dalam masjid berwarna biru. Masjid ini adalah gabungan senibina islam dan Ottoman.
#GRAND MOSQUE BURSA/MASJID AGUNG BURSA(ULU CAMII)
Merupakan masjid terbesar di Bursa, dibina di antara tahun 1396 - 1399 oleh Sultan Uthmaniyyah Bayerid 1 bagi memperingati kemenangan besar baginda di pertempuran Nicopolis.
Uniknya masjid ini ialah ianya mempunyai 20 kubah, setiap kubah dengan size 11 diameter.
|
Fountain di ruang tengah masjid untuk jemaah lelaki mengambil wudhuk..ini memang unik |
|
Senibina Ottoman |
#KOTA EPHESUS
Merupakan kota kuno yang menyimpan sejarah Yunani dan Rom purba, terletak di pantai barat Anatolia dalam wilayah Izmir.
Dibangunkan pada abad ke 10 sebelum Masihi.
Kota ini terkenal dengan Kuil Artemis yang merupakan satu dari tujuh keajaiban Kuno.
Ephesus turut tersenarai sebagai salah satu tapak warisan dunia UNESCO.
#COTTON CASTLE/BENTENG KAPAS - PAMUKKALE
Di Pamukkale memang terkenal dengan keindahan alam dan sejarahnya.
Salah satu keindahan alamnya ialah Cotton Castle.
Pamukkale sendiri bermaksud Cotton Castle/Benteng Kapas. Memiliki sebuah pemandangan yang luar biasa dimana air dari sumber air panas kehilangan karbon dioksida, lalu menuruni lereng-lereng dan meninggalkan endapan yang membentuk lapisan kaksium karbonat putih.
Kawasan Cotton Castle/ Benteng Kapas ini membentuk teres-teres dengan memiliki 17 kolam air panas dengan suhu sekitar 35 darjah celsius.
#BANDAR PURBA HIERAPOLIS
Hierapolis ialah kota perbandaran Rom yang terletak berhampiran Cotton Castle.
Di sini kita akan menemui sisa-sisa runtuhan bangunan, tembok, pilar, amphitheater dan kuburan tua(necropolis).
Kawasan Hierapolis ini agak luas dan di sini juga terdapat kolam mandian Spa Air Panas.
Kolam mandia Spa air panas disini dipercayai boleh mengubati penyakit.
Pada tahun 1988, Hierapolis -Pamukkale telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
#CAPPADOCIA
Cappadocia merupakan satu wilayah di bahagian tengah Turkiye yang menawarkan bentuk mukabumi yang unik. Terdapat 9 bandar utama di wilayah ini iaitu Nevsehir, Urgup, Goreme, Uchisar, Avanos, Ortahisa, Mustafapasa, Guzelyurt dan Ihlava Valley.
Menaiki 'Hot Air Ballon ' adalah aktiviti paling popular di Cappadocia. Jangan lepaskan peluang menaiki belon panas untuk menikmati pemandangan indah dan unik Cappadocia dari atas.
Nota kaki : Sayang sekali atas faktor cuaca, group k mied tidak dapat menaiki belon panas walaupun pakej kami sudah termasuk percuma Hot Air Ballon. Memang semua kecewa namun keadaan ini bukan disengajakan. Sewaktu kami berada di Cappadocia dan Pamukkale sudah seminggu tiada satu pun belon panas dilepaskan di udara. Ini memang menunjukkan faktor cuaca memang tidak begitu baik dan tidak memihak kepada keinginan kami😢.
Untuk menghilangkan sedikit kekecewaan kami
memilih untuk Jeep Tour Safari.
|
Baru angan nak begini😘 |
|
Tapi begini aje yang dapat..terkecewa kak mied..dah lah tak dapat naik Hot Air Ballon😅 |
|
Angan-angan turun belon panas, dapat sijil baru minum gini.. Tapi ok juga lepas Jeep Safari Tour kita minum dulu🥂🥂 |
#UCHISAR
Bandar tertinggi di daerah Cappadocia, dipenuhi dengan kubu batu kapur dan gua yang mensajikan pemandangan yang menarik.
Kami berhenti di Kedai Batu Permata dulu sebelum ke destinasi seterusnya.
|
Nie..memang hampir tergoda gak kak mied dengan gemstonesnya...nasib masih kuat iman🤭🤭 |
|
Akhirnya ada wakil dr group kami membelinya😘😘 |
#PIGEON VALLEY
Terletak di antara Goreme dan Uchisar, Pigeon Valley mendapat nama dari ratusan rumah-rumah burung merpati yang terdapat di celah-celah batu hasil letusan gunung berapi.
#ERCIYES
Erciyes adalah satu resort ski terkenal di Turkiye. Terletak di Daerah Kayseri berdekatan dengan Cappadocia.
Salji akan menebal di puncak Mount Erciyes bila tiba musim sejuk dan banyaklah aktiviti boleh dilakukan seperti bermain ski, snowboard dan lain-lain.
|
sempatlah kami berlari manja dan berbaring di salji nie |
|
Happy jer semua..Ngopi sejuk-sejuk☕ |
Inilah sebahagian tempat- tempat menarik yang dapat kak mied share kan...untuk tempat-tempat shopping di Turkiye insyallah di part 2 nanti( tak tahu lah bila sebab kak mied nie ada masa rajin ada masa malas sangat😂😂😂)
Hidup ini satu persinggahan singkat ..jadi jika ada kesempatan dan peluang pergilah melihat negara orang. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ..kak mied pilih negeri sendiri sebab rindu makanan kat negeri sendiri..asyik-asyik makan roti, sayur, kentang..mana kita boleh tahan😂😂😂.
Salam sayang,
Jom baca juga tempat membeli belah di Turkiye
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN