Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Terbaru Gamuda Land dengan rasminya telah membuka Taman Tema Air yang pertama iaitu SplashMania Water Park yang terletak di Gamuda Cove, Banting Selangor.
Berkeluasaan 18 ekar, menyediakan 24 gelungsor air serta 15 tarikan utama yang pastinya membuat pengunjung teruja untuk menikmatinya.
Mengenai lokasi SplashMania Gamuda Cove ini, jika kita melalui Lebuhraya Elite hendak ke Lapangan terbang Klia dan Klia2 pasti mata kita terpandang sebuah replika Kapal besar yang kelihatan. Replika Kapal ini merupakan simbol ikonik SplashMania.
Pada tarikh pra-pembukaannya pada 3 Feb 2023 baru-baru ini, pihak media telah dijemput untuk merasai sendiri keseronokan mandi- manda serta mencuba permainanan dan tarikan yang tersedia.
Apa lagi, kak mied dan beberapa rakan blogger mengambil peluang ini untuk bersama mereka-mereka yang hadir untuk menjadi yang terawal menikmati permainan di Taman Tema Air ini.
Seawal jam 9 pagi kami dah menunggu di pintu masuk walaupun waktu operasi Taman Tema bermula jam 10 pagi.
Penerangan dari krew dulu |
Mula-mula kami melepasi pintu masuk, disebelah kiri akan terjumpa kawasan penyimpan barang atau Locker. Apa yang menariknya Locker ini, ialah kita hanya menggunakan nombor telepon sendiri sebagai kod untuk membuka dan menguncinya serta perlu ingat warna Locker tersebut. Mudahkan!!!.
Locker ini hanya menerima pembayaran tunai.
Selain Locker, terdapat tandas dan bilik mandi yang banyak disini. Bagi pengunjung muslim, surau lelaki dan surau wanita turut tersedia di sini.
Selepas menyimpan barangan di Locker, tetiba terasa lapar pulak😂..apa tidaknya...rupanya belum bersarapan..hahaha.
Kami terus melihat ke sebelah kanan, kelihatan sebuah cafe yang di beri nama Jungle Jamboree( Kopitiam & Fast Food).
Seperti biasa, harga makanan dan minuman di tempat- tempat percutian memang agak mahal berbanding di luar tapi bagi kami dengan kuantiti dan keenakan, nampaknya masih boleh di terima. Contohnya : Sepinggan nasi goreng ada udang dan telur mata serta minuman teh ais cuma Rm20.
Okay..dah selesai mengisi perut..masa untuk meneroka SplashMania ini .Naik jambatan ini dulu, tinjau keadaan sekeliling🥰 |
Mana satu permainan nak cuba dulu nie 🤔 |
Jom kita tengok permainan apa yang kami cuba.
#MANIAC RACERS
Menggunakan "Multi-flume Slide", kena berbaring dengan keadaan meniarap untuk mengelungsur dari atas ke bawah. Best..seolah-olah kejar mengejar bersama rakan-rakan.
#SHAKA WAKA
Ini pula, gelungsor gelap panjang 78m yang di hiasi dengan lampu warna warna LED serta sound effect bila menghampiri kawasan yang lebih curam.
Gelungsor ini boleh dinaiki berdua atau seorang mengikut berat yang dibenarkan. |
#PLUNGE
Gelungsor yang paling tinggi ini iaitu setinggi 6 tingkat. Perlu mengelungsor secara berbaring dengan tangan dua-dua bersilang di dada.
Nasihat kak mieda, pada yang ada sakit jantung dan gayat tue...tak payahlah😅 kerana gelungsor nie condong 75 darjah tapi....jika dah try sekali mesti teringin nak try lagi. Kak mied yang dah nak masuk golongan warga emas nie,.cukuplah sekali itupun dah gempaq😅😅😅.
#WILD RUSH
Gelungsor ini pulak yang menjunam ke dalam kolam sedalam 2.74 meter. Kaki memang tak kan jejak dasar kolam tapi jangan risau, life guard akan menunggu untuk menarik kita naik ke permukaan.
# RAVAGE RIVER
Tak menariklah jika taman tema air tidak ada sungai kan. Kita akan enjoy menyusuri sungai sambil rilex di atas pelampung tapi jangan leka ada kalanya air akan mengalir agak laju dan satu ketika tiba di kawasan di mana terdapat pancutan deras terkena kepala hingga terpaksa menutup dengan tangan.
Dah puas main gelungsur, jomlah kita mandi-manda di kawasan berombak berlatarbelakangkan kapal besar siap dengan muzik dan persembahan di Ombak'King Cove.
Untuk kanak-kanak pula, Treasure Tower pula sangat mengujakan dengan beberapa slide serta " Splash buckets" yang tersedia. Bukan kanak-kanak aje yang teruja bermain di sini, Ibu bapa pun boleh turut serta mandi- manda.
Seharian di sini memang best sangat. Tidaklah rasa letih sangat sebab semua attraction hanya berdekatan antara satu sama lain.
Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, meluangkan masa bersama anak- anak di sini sangatlah sesuai kerana lokasinya tidaklah jauh.
Waktu Operasi : 10 pagi hingga 6 petang ( setiap hari kecuali hari Selasa. Akan di buka jika hari Selasa hari Cuti Umum atau Cuti Sekolah)
Harga tiket : RM125 untuk dewasa dan RM95 kanak- kanak
Untuk membeli tiket bolehlah ke :
⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️⬇️
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN