Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

PERCUTIAN 10 HARI 7 MALAM DI TURKIYE (MUSIM SEJUK) - TEMPAT-TEMPAT MENARIK YANG DIKUNJUNGI

  Assalamulaikum dan salam sejahtera  Ketika artikel ini ditulis, kak mied sudah sebulan pulang dari bumi Turkiye.  Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dapat pulang ke Malaysia sebelum gempa bumi besar melanda Turkiye dan Syria pada 6 Feb 2023 . Walaupun gempa bumi berlaku di luar kawasan tarikan pelancungan, namun jika Airport  Istanbul di tutup memang kita semua pasti terkandas di Istanbul. Selepas 6 hari pulang ke Malaysia, hari ke 7 kak mied telah di masukkan ke hospital pula, bermulalah 5 hari 4 malam bercuti di hospital dengan penjagaan rapi di hospital🤭🤭. Demam dengan suhu mencapai 40 darjah, akhirnya di sahkan serangan virus di sistem pernafasan...nasiblahlah virus belum menyerang paru-paru..kalau paru-paru kena serang kak mied tak tahulah macamana keadaan kak mied. Serangan virus ke sistem pernafasan pun rasanya dah cukup azab. Teringat ketika berjimba-jimba di Turkiye, lupa langsung nak pakai mask....apakah sebab itu hingga virus-virus berk...

KESERONOKAN MANDI-MANDA DI SPLASH MANIA GAMUDA COVE, BANTING

  Assalamulaikum dan salam sejahtera . Terbaru Gamuda Land dengan rasminya telah membuka Taman Tema Air yang pertama iaitu SplashMania Water Park   yang terletak di Gamuda Cove, Banting Selangor. Berkeluasaan 18 ekar , menyediakan 24 gelungsor air serta 15 tarikan utama yang pastinya membuat pengunjung teruja untuk menikmatinya. Mengenai lokasi SplashMania Gamuda Cove ini, jika kita melalui Lebuhraya Elite hendak ke Lapangan terbang Klia dan Klia2 pasti mata kita terpandang sebuah replika Kapal besar yang kelihatan.  Replika Kapal ini merupakan simbol ikonik SplashMania. Pada tarikh pra-pembukaannya pada 3 Feb 2023 baru-baru ini, pihak media telah dijemput untuk merasai sendiri keseronokan mandi- manda serta mencuba permainanan dan tarikan yang tersedia. Apa lagi, kak mied dan beberapa rakan blogger mengambil peluang ini untuk bersama mereka-mereka yang hadir untuk menjadi yang terawal menikmati permainan di Taman Tema Air ini. Seawal jam 9 pagi kami dah menunggu di...