Assalamulaikum dan salam sejahtera
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, buah kurma akan menjadi menu utama untuk berbuka puasa dan juga untuk bersahur.
Bukan sahaja menjadi tumpuan ketika bulan Ramadan, kurma juga boleh dinikmati setiap hari kerana kurma bukan sahaja enak dimakan namun terdapat banyak khasiat untuk tubuh badan kerana ianya kaya dengan kalori, karbohidrat, vitamin, mineral , serat serta antioksidan yang menjadi pelindung terhadap pelbagai penyakit merbahaya.
Bercerita tentang buah kurma ini, syarikat Seri Dagang Enterprise yang berpengkalan di Ampang, Selangor telah melancarkan produk Kurma Ajwa jenama Raudah Dates baru-baru ini.
Kurma Ajwa atau juga disebut Kurma Nabi merupakan jenis Kurma yang amat popular di kalangan umat islam.
- Berasal dari Madinah
- Warnanya hitam pekat
- Ada beberapa garis kecil di permukaannya
- Rasanya sedang, tidak terlalu manis
- Bertekstur lembut
Menurut Pengasas Raudah Dates iaitu Datin Siti Salina dan Puan Zaiton, matlamat mereka untuk tahun 2023 ini adalah untuk berkongsi rezeki dengan melahirkan lebih dari 1000 pengedar sebagai rakan kongsi usahawan yang bersama memasarkan Raudah Dates ke seluruh Malaysia.
Selain dari Kurma Ajwa, Syarikat Seri Dagang juga memasarkan produk makanan Sunnah lain seperti Saffron, buah tin, madu SIDR dan lain-lain lagi .
Promosi jualan akan diadakan tidak lama lagi di Ruang Legar PWTC sempena Persidangan Agong Tahunan (PAU 2023).
Untuk keterang lanjut sila layari :
FACEBOOK : https://www.facebook.com/RaudahDates
INSTAGRAM :
https://instagram.com/raudahdates
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN