Assalamulaikum dan salam sejahtera.
Bersempena dengan Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia baru-baru ini, kak mied dan rakan-rakan media yang lain berpeluang menginap 1 malam di Hotel STEG, Kuala Lumpur.
Pada mulanya kak mied tertanya- tanya dekat mana sebenarnya hotel nie, biasanya hotel-hotel di Kuala Lumpur nie kak mied agak tahu di mana lokasinya sebab kak mied kan orang Selangor yang turun naik ke KL selalu.. mestilah perasan di mana hotel-hotel nie kan..hahaha.
Rupanya STEG Hotel Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Tiong Nam, berkedudukan diantara segitiga emas Bukit Bintang, KLCC dan PWTC. dan mula beroperasi pada awal tahun 2022.
STEG Hotel ini adalah butik hotel yang mengabungkan rekabentuk kotemporari, vintaj dan moden. STEG diadaptasi dari perkataan Sweden yang bermaksud STEP ( Langkah).
Jom kita tengok bilik penginapan yang tersedia.
Ada 4 pilihan penginapan yang ditawarkan oleh STEG Hotel Kuala Lumpur iaitu jenis Swanky, Groovy, Ritzy dan Suite.
Penginapan jenis Swanky
* Katil Single atau Twin berkeluasan 17- 23 sqm.
* Bilik mengadap ke Jalan Raja Laut
Penginapan jenis Groovy
* Katil Twin/King berkeluasan 20 - 30 sqm.
*Bilik mengadap kolam renang atau kawasan kejiranan Tiong Nam
Penginapan jenis Ritzy
* Pilihan katil samada katil Single, Twin dan King.
* Bilik-bilik terletak di 10 iaitu Tingkat Ekskutif.
Penginapan jenis Suite
* Sesuai bagi yang ingin meraikan hari-hari istimewa.
* Ada 3 pilihan Suite iaitu Suite I/II, Suite Love Nest dan Sakura.
Kemudahan Lain yang terdapat di hotel ini.
#Kolam Renang Merah
Kolam renang di STEG Hotel ini bagi k mied memang unik sebab ianya berwarna merah, bermula dari lantai, payung dan kerusi semuanya berwarna merah...bertambah berkobar-kobar dan membara untuk terjun kolam tapi k mied kesuntukkan masa sebab kepenatan jadi tak sempat pun nak terjun ke kolam nie, sempat memerhati aje...tidak mengapa, ada masa boleh menginap lagi di sini.
# Bilik Sweat @two
Terletak bersebelah kolam renang, ianya bilik kecergasan lengkap dengan peralatan Kardiovaskular.
#Bilik Mesyuarat/ Ruang Mesyuarat
Terdapat beberapa bilik dan ruang untuk bermesyuarat, berseminar atau untuk lain-lain event yang boleh memuatkan sehingga 200 peserta.
Ada juga ruangan yang lebih santai seperti bilik Forum yang lebih kecil dan terbuka untuk dijadikan tempat untuk perbincangan.
Di sepanjang laluan ke bilik mesyuarat terdapat gambar-gambar lukisan menarik di letakkan di dinding. Lukisan-lukisan ini akan di jual jika terdapat permintaan.
#Cafe Transit by JWC Restaurant
Terdapat Cafe yang menarik di Lobi hotel iaitu The Transit yang menyediakan makanan dan minuman yang menarik seperti pastri, sandwic,pasta dan lain - lain. Cafe ini kelihatan menarik dan sesuai sangat untuk mengopi-ngopi bersama teman-teman.
#Tuscany Steps
Kak mied kira inilah tempat paling instagrammable sekali di hotel ini, kena dengan nama hotel ini STEG, maka jomlah kita melangkah dan bergambar wajib di Tuscany Steps nie bila dah sampai serta menginap di sini.
Untuk yang hendak Staycation di tengah -tengah Kuala Lumpur dan yang ingin food hunting di Kampung Baru, memang STEG Hotel Kuala Lumpur sangat di syorkan.
📍Alamat : 51, Jalan Tiong Nam, Off Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
☎️ : 03 26036599
Email : hello@stegkualalumpur.com
Website : stegkualalumpur.com
Salam sayang,
MiedaJaz❤️
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN