Assalamulaikum dan salam sejahtera
Pada hujung minggu baru-baru ini, anak-anak mengajak kak mied jalan-jalan. Bila di tanya hendak kemana? Katanya tempat yang menarik,. mama bawalah baju mandi semua sebab kita nak stay tempat tue semalam.
Kak mied punya berfikir mana agaknya anak-anak nak bawa mak depa pergi nie...akhirnya diorg bagitahu sebenarnya nak pergi ke Kuak Hill Resort di Lenggong, Perak.
Sebelum nie kak mied ada terbaca review dari yang pernah menginap di sini. Dari gambar-gambar yang di tunjukkan nampak tempat nie nampak menarik.
Okaylah...jom kita tengok menarik ke tempat ini?
Kami bertolak dari rumah di Selangor lebih kurang pukul 11 pagi. Tengok pada google maps, perjalanan akan mengambil masa dalam 2 jam setengah, jadi akan tiba dalam pukul 2 gitew tapi siapalah boleh menjangka keadaan highway kita nie..tetiba highway jadi seloronglah pulak.. banyak pulak kerja-kerja maintenance di highway nie..jemlah pulak!!!
Jadi kami pun tiba di Persimpangan ke Kuak Hill Resort dalam pukul 4 petang. Cuaca nampaknya mendung sedikit tapi ok jugak tapi nasib tak hujan.
Dalam dok elert pasai simpang ke Kuak Hill Resort, kami tersasul masuk ke simpang lain dan akhirnya kami terlepas sampai di SRK Raban. Buang masa je duk cari -cari..call je staff Kuak Hill diorg pun datanglah bawak kami ke direction sepatutnya(Sebenarnya senang je nak ke sini cuma kitaorg terlajak aje..hahaha).
Naik pick up le kita...menariknya pakej parking kereta siap cuci kereta lagi..kan dah jimat tue |
Kami pun parking kereta di tempat yang disediakan kemudian naik pick up . Memang jalan agak curam, eloklah diorang sediakan tempat parking di bawah tue.
Anak -anak mula pilih hendak tidur dalam khemah tapi bila diorg fikir keadaan sejuk dan mungkin agak tidak selesa bagi orang yang dah berumur macam kak mied, diorang pun menempah Villa ajelah.
Nie dia Villa kami No.6 betul- betul dapat view Banjaran Titiwangsa |
Dapat Villa yang depan-depan mengadap view banjaran.. mulalah bergambar ala-ala healing gitew. 😆😆
Ada 2 jenis penginapan disini, Villa dan Glamping |
Malam cuaca agak dingin, anak-anak dah fikir awal-awal...katanya bila sejuk mesti cepat lapar...hanya ada cafe jer yang menyediakan makan malam...nak turun memang tak dapatlah...jadi diorang dah bawa peralatan BBQ/ Grill semua. Kambing, lembu dan ayam perap dah ready di bawak..tinggal bakar aje😍
Petang..sempat lagi goreng Karipap
Memang tidur dengan kekenyangan..hahaha
Pagi esoknya kak mied bangun subuh sambil terfikir nak tengok sunrise kalau ada..
Nampaknya tak ada sunrise yang muncul, jadi jam 8.30 kami terus ke cafe untuk bersarapan.
Sarapan simple aje nasi lemak bungkus dan kueh-mueh, dengan free flow bijirin, roti, air kopi dan teh.
Apa aktiviti boleh di lakukan disini?
Untuk menjadikan percutian di sini tidak membosankan, ada beberapa aktiviti disediakan antaranya ialah menunggang ATV, Jungle Walk dan Lawatan ke kebun. Terdapat juga Petting Zoo dan Kolam renang yang cukup besar dengan air bukit.
Kak mied anak beranak memilih untuk nenunggang ATV.
Memang bestlah meredah trek kampung sejauh 6km sambil menikmati pemandangan Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Bintang Hijau.. yang lagi best dalam perjalanan balik ke resort di pertengahan jalan berhenti untuk mandi air terjun pulak..huhuhu
Tidaklah lama kami merendam di air terjun nie tapi cukuplah merasa kesejukkannya. Selesai dari aktiviti ATV tadi boleh sambung mandi di Kolam renang air bukit pulak.
Sambil-sambil tue anak-anak melayan keletah beberapa ekor burung nuri yang di Petting Zoo berhampiran Villa kami.
Begitulah percutian singkat kami yang hanya 2hari 1 malam, namun kualiti time dapat melakukan aktiviti bersama memang sangat di nanti, lebih- lebih ada yang dah tinggal berjauhan.
Mungkin ada yang hendak cuba menginap di sini, kak mied letakkan alamat dan no. talipon.Alamat : Lot 3538, Kampung Lata Papan, Kampung Kuak, 34200 Lenggong, Perak.
☎️ 013 8705101
Untuk tempahan : secara online di website www.kuakhillresort.com
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN