Assalamulaikum dan salam sejahtera
Pada 22-24 November 2022, berlangsungnya program Tourism Malaysia Explore Race 2022 (TOMER 2022).
Untuk program kali ini, seramai 88 pengamal media telah terlibat termasuk 11 penyertaan pengamal media antarabangsa dari Indonesia, Thailand dan Brunei.
Seawal 6:00 pagi, peserta-peserta mula hadir untuk pendaftaran di Glasshaus, Marina Putrajaya |
Ucapan pembukaan oleh YBhg Dato' Hj Zainuddin Abd Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. |
Program TOMER 2022 adalah gabungan dua konsep acara iaitu Explore race dan Treasure Hunt. Para peserta akan mengembara ke lokasi-lokasi terpilih yang telah ditetapkan sambil menjawab soalan-soalan Treasure Hunt yang berbentuk teka-teki ( Creative think outside the box), melakukan tugasan yang diberi dan melakukan cabaran berbentuk Amazing Race.
Para wakil penaja bergambar bersama tetamu Kehormat dan peserta |
Team kak mied, kak seriwangi( www.keunggulan wanita.com), Sarie(www.dinohous.com), Ayie ( hellerkiller_timetorest.blogspot.com |
Bersiap sedia untuk Flag Off, No.15-BESTIE |
Penaja kenderaan kami kali ini dari PERODUA |
Peserta akan berhenti di beberapa checkpoint yang telah ditetapkan seperti di Selangor Fruit Valley (SFV), Bagas Zakariah, Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 ( TT5) serta bermalam dalam khemah di Riverside Camp Gopeng.
Check point Pertama - Selangor Fruit Valley(SFV)
#Aktiviti- membuat telur masin
Telah selesai membuat telur masin✌️ |
# Minum air kelapa
# Bergambar dengan duta dan maskot
Bersama Duta Pelancongan, seni dan budaya bagi Gastronomi, Dato' Chef Ismail |
Gambar-gambar sekitar Selangor Fruit Valley |
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Check point ke 2 iaitu Bagas Zakariah,Gopeng
# Mencari durian di dusun sebelah
# Aktiviti Musang Berjanggut
#Bergambar di rumah tradisional
Gambar-gambar sekitar Bagas Zakariah |
Selepas siap menjamu selera serta makan durian yang kami dapat tadi, kami meneruskan perjalanan ke Check point ke 3 iaitu Tanjung Tualang Tin Dredge No.5(TT5).
#Aktiviti meneroka Maze Park.
Gambar- gambar sekitar Tanjung Tualang Tin Dredge |
Hari beransur petang, seterusnya kami perlu mendapatkan harta karun sebelum tiba ke Check point ke 4 iaitu di Riverside Camp Gopeng.
Sebelum tue,.jom lihat apa yang kami dapat untuk harta Karun
Sudah tentu untuk mendapat barangan harta karun ini bukanlah mudah, terpaksa menjawab soalan yang memang terpaksa berfikir di luar kotak...masalahnya di sini...kami berfikir di luar Galaksi..😆😆😆😆ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤..Benda lain yang sepatutnya di cari..benda lain yang dapat... .memang kelakar betul😅
Gambar-gambar sekitar perkhemahan kami di Riverside Camp, Gopeng |
Di sebelah malam kami berpeluang melihat pertunjukkan api yang hebat dari Kumpulan Budak Api.
Esoknya kami berpeluang untuk menyertai White Water Rafting.Best wooi..aktiviti nie..wajib di cuba 😘 |
Begitulah aktiviti-aktiviti kami sepanjang Explore Race berlangsung. Lebih 300km perjalanan kami tempohi dari Putrajaya ke Selangor, kemudian ke Perak dan balik ke Kuala Lumpur. Memang penat..namun pengalaman, aktiviti dan keseronokan dalam mencari jawapan untuk soalan-soalan memang sangat menarik. Hadiah- hadiah yang di tawarkan jugak agak lumayan.
Tomer 2022 bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan Media tempatan dan antarabangsa malah dapat mempromosikan tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
Ucapan terima kasih buat Tourism Malaysia kerana memberi peluang pada kumpulan Bestie ( Blogger) untuk turut serta.
#Tomer2022 #CuticutiMalaysia
wah bestnya..pengalaman yang menarik ni. bestkan dapat together dengan kawan-kawan yang sekepala
ReplyDeleteMemang best...hahaha..pening kepala cari jawapan
Delete