Assalamulaikum dan Salam sejahtera
Bersempena Selangor International Travel Fotography Festival yang berlangsung pada 12 dan 13 November 2022 yang di adakan di Paradigm Mall baru-baru ini,. kak mied berpeluang menyertai pertandingan Splendid Selangor Family-Fun Photohunt yang dianjurkan disebelah pagi pada hari penutup 13 November 2022.
Tujuan penganjuran Selangor International Travel Fotography Festival dan juga pertandingan Splendid Selangor Family-Fun Photohunt oleh Tourism Selangor adalah untuk mempromosi tempat-tempat pelancongan menarik di Negeri Selangor.
Kata-kata aluan dari YB Hee Loy Sian, Exco Pelancongan, Alam sekitar & Teknologi Hijau dah Hal Ehwal Orang Asli |
Selain dari pertandingan dan pameran fotografi, sesi pembentangan dan perbincangan mengenai pelancongan dan fotografi, persembahan kebudayaan serta seminar turut di adakan di Festival ini.
Antara agensi dan pemain industri pelancongan yang turut serta di Festival ini seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land.
SPLENDID SELANGOR FAMILY-FUN PHOTOHUNT
Pertandingan ini seperti explorace di mana para peserta di beri soalan dan clue, mereka perlu mencari jawapan dan mengambil gambar sebagai jawapannya. Di sini kreativiti peserta akan di nilai untuk di pilih sebagai pemenang. Semua jawapan hanya berada di sekitar Paradigm Mall sahaja.
Pertandingan ini nampak senang, namun ianya sangat menguji skill mengambil gambar dan kreativiti peserta .
Sebelum ini kak mied dan bestie kak mied Ayie dari https://hellenkiller-timetorest.blogspot.com sudah pernah menyertai Explorace. Explorace yang kami sertai biasanya yang pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk menyelesaikan tugasan..kali ini lain pulak tugasannya, dimana kami hanya perlu berada di dalam Mall sahaja.
Sebanyak 35 pasukan telah mengambil bahagian dan hadiah yang ditawarkan pun agak menarik.
Hadiah utama sebanyak RM1000, 3 hadiah RM300 dan 10 hadiah Saguhati RM100. Menarik juga hadiah yang di tawarkan...buat k mied bersemangat !!
Jom kita tengok soalan-soalan dan clue yang di berikan :
1.Colours that make me happy/ warna yang mengembirakan saya.(clue level 2)
2. Am I the artist or craftsman?/ Adakah saya pelukis atau tukang kraftangan.(clue level 2)
3.Joy of jumping/ keriangan melompat.
(clue Atrium or any level).
4.Walk here walk there/ Jalan ke sini jalan ke sana (clue Atrium or any level).
5. The hands that weave/ Tangan yang menganyam.(clue Atrium or any leve).
6. Is this real or fake/Adakan ini benda sebenar atau palsu.(clue Atrium or any level).
7. The faces of joy/ Wajah-wajah kegembiraan.
(clue Atrium or any level).
8. I'm hungry now, what's delicious to fill my stomach/ Saya lapar sekarang, apakah yang paling lazat dapat mengisi perut saya?(clue Any level).
Tengok pada soalan dan clue yang diberikan macam senang aje kan tapi kita kena berfikir luar kotak. Itulah penerangan yang telah di berikan kepada semua peserta ..KREATIF DAN BERFIKIR LUAR KOTAK😘.
Makanya kami berdua pun ingin jadi kreatif dan berfikir luar kotak..hahaha..
Inilah hasilnya dan jawapan dari kami berdua.
1.Colours that make me happy/ warna yang mengembirakan saya.(clue level 2) |
2. Am I the artist or craftsman?/ Adakah saya pelukis atau tukang kraftangan.(clue level 2) |
Menarik tak gambar-gambar kami berdua?
Hahaha....gambar-gambar nie tak cukup kreatif pun untuk memenangi sebarang hadiah walaupun hadiah saguhati🤭.
Walaupun tidak menang, namun kami berdua enjoy jer dapat turut serta. Sedikit sebanyak dapat jugak belajar teknik mengambil gambar dari yang berpengalaman.
Antara teman-teman blogger yang turut serta |
Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor.
#PusingSelangorDulu
Salam sayang,
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN