Skip to main content

MAJLIS APRESIASI MEDIA TOURISM MALAYSIA : MERAIKAN PARA PENGAMAL MEDIA BERSEMPENA PENGANJURAN TOMER 2022

 Assalamulaikum dan salam sejahtera
Bersempena penganjuran Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER 2022), selama 3hari 2 malam, para peserta Media yang terlibat telah diraikan dalam majlis Apresiasi Media dan Penyampaian hadiah yang di adakan di Magica Hall, Quill Mall, Kuala Lumpur.

YBhg Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) hadir untuk memeriahkan majlis serta menyampaikan hadiah kepada peserta yang memenangi Media Explore Race.


Turut hadir ialah YBhg Datuk Mohd Zamri Mat Zain, Timbalan Ketua Setiusaha Pelancongan MOTAC,  YBhg Dato' Hj Zainuddin Abdul Wahab Ketua Pengarah Tourism Malaysia serta para pegawai kanan Jabatan/ Agensi MOTAC.
Di majlis yang berlangsung, Tourism Malaysia telah membawakan persembahan yang menarik iaitu Kabaret dan Medley Kempen Promosi Tourism Malaysia oleh Artis Tari dari Istana Budaya.



Majlis turut dimeriahkan dengan penampilan artis jemputan iaitu penyanyi popular Ernie Zakri dan Khai Bahar.





Kumpulan yang berjaya menjadi juara untuk  Malaysia Media Explore Race 2022 kali ini dan  membawa pulang hadiah berupa Rm5,000 adalah Kumpulan Budak Baru Nak Up dari BERNAMA.
Kumpulan Budak Baru Nak Up 💞

Kumpulan BESTIE..Tetap happy walau tak menang❤️❤️

Kali terakhir Majlis Apresiasi  Tourism Malaysia untuk pengamal media diadakan di Glass House Seputih pada tahun 2019 dan selepas lebih 2 tahun Malaysia dan Dunia dilanda Pandemik Covid 19,  inilah Majlis Apresiasi pertama selepas pendemik yang dapat mengabungkan semula para Media.  Terima Kasih pada Tourism Malaysia serta semua yang terlibat menjayakan Tourism Malaysia Media Explorace Race (TOMER 2022) serta Majlis Apresiasi Media Tourism Malaysia 2022.

#Tomer2022 #MajlisApresiasiMedia2022
#CuticutiMalaysia


Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag