Skip to main content

JOM MAKAN DI 6 RESTORAN MENARIK DI SEPANG!

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Jom kita Jalan- jalan sambil cari makan di Sepang iaitu satu daerah bongsu bagi Negeri Selangor Darul Ehsan.  Ianya terletak di bahagian selatan Negeri Selangor,  bersempadan dengan Daerah Hulu Langat,  Daerah Kuala Langat Dan Daerah Petaling. 
Daerah Sepang juga bersempadan dengan Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

Sepang terdapat banyak tempat menarik dan sentiasa dikunjungi oleh pelancong tempatan. Sekiranya anda mencari tempat makan setelah puas berjalan sepanjang hari, ini adalah ENAM restoran yang menarik di Sepang yang wajib anda kunjungi.

Penuhi citarasa anda di 6 restoran terbaik di sekitar Sepang!

#SENANDUNG MALAM SEAFOOD, BAGAN LALANG

Kunjungi ke Senandung Malam Seafood untuk makanan laut dengan harga yang berpatutan. Terletak di Bagan Lalang dan hanya satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur, restoran ini menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar. Pelanggan boleh memilih pelbagai jenis makanan laut dan cara masakan, antaranya termasuk ikan, sotong, udang, dan kerang-kerangan. Senandung Malam Seafood ialah restoran ‘outdoor’ yang menghadap pantai dan dibuka bermula jam 5 petang. Jadi pelanggan boleh menikmati hidangan sambil menikmati angin bayu dan menyaksikan matahari terbenam.

#THE TEPEN, CYBERJAYA

Anda ada masalah memilih antara masakan Itali dan Malaysia? Kenapa tidak pilih sahaja kedua-duanya? The Tepen di Tamarind Square, Cyberjaya menyajikan hidangan gabungan Asia yang terbaik. Dengan hidangan pasta Aglio Olio bersama Bunga Kantan ataupun salmon panggang dalam Laksa anda, restoran ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba menu yang berlainan. Bercakap tentang kelainan, mereka turut menghidangkan nasi putih dalam buluh bersama pilihan lauk pauk dan pelbagai pencuci mulut yang unik. Jadi, jangan lupa untuk kunjungi restoran berinspirasi retro ini apabila anda pergi ke Cyberjaya.

#PAK NGAH CYBER KOPITIAM

Teringin menu yang lebih ringkas seperti telur separuh masak dan roti bakar? Kunjungi ke Pak Ngah Cyber Kopitiam. Terletak di Cyberjaya, kopitiam bergaya moden ini menghidangkan hidangan klasik kegemaran rakyat Malaysia, daripada Nasi Lemak, Asam Laksa, dan juga telur separuh masak diatas roti bakar bersama kaya dan mentega. Padankan hidangan tersebut bersama kopi dan kuih tempatan untuk mulakan hari anda. Menu restoran ini juga termasuk hidangan barat seperti ‘chicken chop’, tortilla dan pasta untuk memuaskan selera dan citarasa anda. Tetapi, menu istimewa mereka adalah Nasi Minyak, sejenis hidangan nasi yang kebiasaannya dihidang di majlis perkahwinan kaum Melayu. Kopitiam ini semestinya salah satu restoran yang wajib anda cuba!

#THE BOTANIST, CYBERJAYA

Ini adalah satu lagi tempat menarik yang boleh anda kunjungi jika anda ke Cyberjaya. The Botanist merupakan sebuah kafé yang cantik dengan suasana tropika sesuai untuk pengguna ‘insta’. Café ini menyajikan ‘bao burger’ yang unik iaitu salah satu hidangan istimewa mereka bersama hidangan-hidangan lain termasuk kopi dan teh. Dan jika anda seorang vegan, terdapat pilihan bukan tenusu juga. Terletak di Tamarind Square, kafé ini juga menjual produk mesra alam seperti berus gigi bukan plastik dan sabun bebas kimia sebagai salah satu inisiatif mereka untuk mempromosikan kesedaran bebas sisa di kafe ini. 

#LUCK BROS KOPI

Luck Bros Kopi di KLIA2 menyajikan kopi, hidangan panas dan manisan yang beraneka. Selain hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam, kafe ini juga mempunyai pilihan ‘on-the-go’ kepada mereka yang inginkan hidangan yang mudah dan cepat, terutama sekali kepada para penumpang penerbangan.Jika anda ingin berkongsi kenikmatan minuman di sini bersama rakan-rakan atau keluarga anda, kami cadangkan 5 Street Coffee iaitu menu istimewa mereka yang mempunyai lima jenis kopi dari negeri-negeri di Malaysia; Johor, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Kuala Lumpur. Konsep kafe yang moden ini dapat menarik pelanggan yang Insta-Aesthetic. Kalau anda berada di KLIA2 dan ingin mencari makanan-makanan yang sedap, Luck Bros Kopi adalah satu pilihan terbaik untuk anda.

#RESTORAN UMMI AISYAH

Terletak di Pasar Perdagangan Warisan Central di Kota Warisan, Restoran Ummi Aisyah menyajikan hidangan makanan laut yang lazat, daripada ikan bakar, sotong ke sambal udang dan siput sedut masak lemak. Menu daging ayam, kambing dan lembu juga terdapat di restoran ini. Terdapat juga pelbagai aneka ulam ulaman dan sayur sayuran. Makanan panas juga terus dihidang untuk menaikkan selera pelanggan. Jika anda merancang untuk makan di sini, kami cadangkan hidangan istimewa mereka iaitu Siakap Terbang yang digoreng dan dihidangkan bersama sambal tempoyak dan sambal belacan.

PENUTUP

Sepang adalah antara tempat yang amat digalakkan untuk meluangkan hujung minggu anda. Terdapat banyak tempat untuk anda lawati, bermalam dan juga restoran yang terbaik di sini. 

Untuk lebih banyak inspirasi pelancongan dan lawatan ke negeri Selangor, layari laman web rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel, atau ikuti akaun media sosial rasmi Tourism Selangor; Instagram, Facebook, Twitter, TikTok, dan saluran YouTube Tourism Selangor. #PusingSelangorDulu

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag