Skip to main content

DRAMA TERBARU DI VIU ORIGINAL : HILANG

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Viu,  syarikat perkhidmatan penstriman video OTT pan serantau terkemuka diterajui oleh PCCW Limited telah melancarkan drama Viu Origional kelima tahun ini bertajuk HILANG.
Drama HILANG ini adalah sebuah karya penyiasatan yang mengenegahkan eleman seram dan mendebarkan.  Dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha dan Jasmine Suraya.

Drama penyiasatan yang mendebarkan ini mempunyai 10 episod ini, boleh ditonton di platform Viu mulai hari Khamis, 17 November 2022 dengan dua episod baharu pada setiap Khamis minggu seterusnya.

HILANG diarahkan oleh pengarah tempatan Ghaz Abu Bakar bersama Sein Qudsi, menceritakan tentang Inspektor Munir, yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan.  Munir kemudiannya bertemu Yusof, seorang guru agama yang dituduh Munir sebagai punca kematian adiknya.  Apabila seorang lagi remaja hilang atas sebab misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang membelenggu Kampung halaman mereka Seri Daik.

Ghaz Abu Bakar- Pengarah/Penerbit

Sein Qudsi - Pengarah

Sinopsis 
Pembunuhan seorang remaja pendatang tanpa izin di Kampung Seri Daik telah membawa Inspektor Munir pulang ke kampung halamannya yang ditinggalkan 17 tahun lalu. Disana, beliau terserempak dengan Yusof, seorang ustaz dan juga rakab lamanya yang dituduh sebagai punca kematian adiknya.
Yusof percaya penjenayah yang mereka cari bukan daripada dunia nyata.  Apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri,. Munir dan Yusof mesti bekerjasama untuk membongkar rahsia gelap yang menyelubungi see.

Jangan lupa menonton drama menarik ini di Aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store,Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih serta laman web  www.viu.com

Ringkasan 

Tajuk
Hilang

Durasi
60 saat/ Episod

Tarikh Pelancaran
16 November 2022

Tayangan
Tersedia di semua pasaran Viu

Jadual
Setiap Khamis, 2 episod setiap minggu

Sarikata
Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Arab, Bahasa Indonesia, Bahasa Burma

Genre
Thriller

Bilangan Episod 
10


Selamat Menonton ❤️

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag