Assalamulaikum dan salam sejahtera
Bagaimanapun, filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam.
Penerbitnya, Dato Rosmarayu Mokhtar berkata, nashkah filem berkenaan boleh memberikan kepuasan kepada penonton dengan jalan cerita yang cukup menarik.
“Idea untuk mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa yang meninggal dunia.
Beliau berkata, filem terbaru terbitannya itu menampilkan kelainan berbanding filem-filem gangster lain apabila ia mengetengahkan elemen kekeluargaan, terutama membabitkan hubungan dengan dua orang kanak-kanak dengan pakciknya yang sudah dianggap sebagai bapa.
“Disebabkan itu filem ini lebih mengetengahkan genre aksi komedi supaya ia tidak nampak sebuah naskhah yang nampak ganas,” jelasnya.
Menelan kos pembikinan kira-kira RM2.5 juta, Daddyku Gangster menjalani penggambaran di Kota Bharu, Pasir Puteh dan Bachok, Kelantan pada awal tahun 2020.
“Malah, saya menyarankan supaya datang untuk menonton ke panggung beramai-ramai dan yakin ia adalah sebuah filem yang sangat menghiburkan,” ujarnya.
Ujarnya, menerusi filem ini dia cuba menampilkan kelainan dengan menampilkan Zul Huzaimy untuk memegang peranan watak utama.
“Sebagai pengarah sudah tentu saya cuba sesuatu yang baharu. Misalnya, kita semua tahu Zul Huzaimy seorang pelakon hebat yang terkenal dengan watak antagonis.
“Untuk kali ini, saya cuba ‘twist’ pula dengan menjadikan Zul Huzaimy pegang watak hero dan ternyata ia berjaya membawakan wataknya dengan berkesan,” ujarnya.
Mengenai cabaran sepanjang pembikinan filem berkenaan, Ismail Bob memberitahu antara yang terpaksa dihadapi apabila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Ujarnya, pada pada masa itu penggambaran baru berlangsung selama dua minggu dan ia terpaksa dihentikan seketika.
“Kemudian kami minta khidmat nasihat pihak polis dan dinasihatkan untuk pulang ke Kuala Lumpur dengan segera dan penggambaran hanya disambung semula pada bulan Julai,” ujarnya.
Filem Daddyku Gangster akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 DISEMBER 2022.
SINOPSIS
Ray adalah ketua kumpulan yang gemar mencuri kereta kereta mewah yang diseludup ke Malaysia bersama rakan kumpulannya yang memiliki kepakaran masing masing. Selain itu Ray turut melibatkan diri dalam underground fight di gelanggang haram milik Pablo.
Ray mempunyai sejarah silam dalam hubungan kekeluargaan terutama dengan abang kandungnya sendiri. Di malam hari lahir Ray, Remy abang kepada Ray datang bersama keluarga menyambutnya walaupun layanan Ray dingin terhadap keluarga Remy terutama kedua-dua anak saudaranya, Arisha dan Aidil.
Namun malang tidak berbau, Remy dan isterinya meninggal dunia setelah terlibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari rumah Ray. Lisa, peguam yang bertanggungjawab telah menyerahkan hak penjagaan sementara Arisha dan Aidil kepada Ray berdasarkan wasiat daripada Remy. Ray menjadi kurang senang dengan memikirkan hal yang bakal dilalui apabila terpaksa menjaga anak saudaranya itu. Dek kerana terpikat setelah memandang Lisa, Ray menerima pelawaan tersebut.
BARISAN PELAKON
ZUL HUZAIMY - Ray
FAIZAL HUSSEIN - Karim
ADELINE TSEN - Lisa
JAY ISWAZIR - Pablo
RIDZUAN HASHIM - Zaki
REEN RAHIM - Zack
ZALIF SIDEK - Bob
WAN WALA - Wan Sado
AZRI ISKANDAR - Remy
VANIDAH IMRAN - Leha
ALIEFF IRFAN - Alif
MEMPERKENALKAN
ANGELICA PETRA - Arisha
ARRYYAN PETRA - Aidil
PRODUKSI
TERBITAN - D’ Ayu Pictures Sdn. Bhd.
PENERBIT - Dato Rosmar Ayu Mokhtar
PENGARAH - Ismail Bob Hashim
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN