Skip to main content

CALON NO.3 KAPT(B)DATO' DR. ZULKAFPERI HANAPI(PERIKATAN NASIONAL- TANJUNG KARANG) BERJIWA RAKYAT

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera
Calon No.3 Perikatan Nasional iaitu Kapt.(B) Dato' Dr Zulkafperi Hanapi sangat dekat dihati penduduk Tanjong Karang di mana beliau selalu dilihat beramah mesra dan menghadiri kenduri- kendara masyarakat Kampung di Tanjung Karang.
Beliau telah menghadiri Majlis Perkahwinan antara Atikah dan Syamil  iaitu anak salah seorang penduduk  Kampung pada Hari Ahad 13 November 2022, baru-baru ini. Beliau juga kelihatan sangat  prihatin dan mesra  terhadap penduduk yang hadir meraikan mereka bersama dalam majlis tersebut. 



Penduduk yang hadir mengambil berpeluang untuk bersalam salaman dengan Calon yang akan bertanding di kawasan tersebut iaitu Kapt. (B) Dato' Dr Zulkafperi Hanapi.

Kapt. (B) Dato' Dr Zulkafperi Hanapi kemudian pergi ke setiap meja untuk bertemu penduduk yang hadir untuk bertanya khabar. Mereka semua kelihatan begitu gembira dengan kehadiran Calon PN tersebut. Sambil mereka beramah mesra . Kapt. (B) Dato' Dr Zulkafperi Hanapi memberi kata kata semangat kepada penduduk yang hadir supaya memilih Calon yang terbaik untuk pilihanraya kali ini.



Sambil menjamu selera bersama penduduk di kenduri tersebut beliau turut sama berkempen memberi penerangan tentang manifesto dan biodata beliau kepada penduduk yang hadir. Antara lain beliau berharap supaya penduduk yang hadir dapat memberi sokongan yang padu kepada beliau di dalam PRU 15 nanti. Dimana beliau akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik untuk penduduk di dalam Parlimen Tanjung Karang ini.

Pada Jam 5.30 petang pula,  Kapt. (B) Dato' Dr Zulkafperi Hanapi hadir untuk melawat Pasar Malam Pekan Tanjung Karang .  



Beliau bersama pasukan beliau mengunjungi Pasar Malam untuk menyantuni penduduk Tanjung Karang yang sedang membeli belah di tapak Pasar Malam tersebut.

Ketika berkempen beliau turut bertembung dengan calon dari Parti Barisan Nasional dan MUDA secara kebetulan, namun sikap beliau amat terbuka dan profesional dapat dilihat apabila beliau sentiasa tenang ketika berhadapan dengan lawan-lawan beliau dari Parti lain.




Pada sebelah malamnya pula, jam 9:30 malam Dato' Dr Zul ke Kampung Parit Sulong Tanjung Karang untuk mengadakan lawatan ke Gelanggang Silat Persatuan Seni Silat Cimande Warisan.



Lawatan beliau sudah tentu untuk memberi suntikan semangat kepada para belia untuk melakukan aktiviti sihat seperti aktiviti Seni Silat ini.
Selesai Sesi Aktiviti Silat dan bergambar penduduk yang hadir turut sama menjamu selera bersama Dr Zulkafperi Hanapi serta bercerita santai mengenai usaha beliau untuk membangunkan aktiviti yang lebih sihat di Parlimen Tanjung Karang jika beliau di pilih nanti. 



Semoga penduduk di kawasan Parlimen Tanjung Karang  dapat menilai sendiri pemimpin mana yang akan sentiasa dapat membantu mereka kelak.

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag