Skip to main content

TEMPAT MAKAN UNIK DI IPOH : BUKIT MERAH WOOD PRODUCTS COFFEE SHOP

 Assalamulaikum dan Salam sejahtera.

Ipoh adalah ibu negeri Perak,  terkenal dengan bangunan-bangunan kolonial serta destinasi-destinasi untuk tempat makan yang popular.
Ramai yang datang ke Ipoh semata-mata untuk merasai keenakkan makanannya.  
Bagi yang telah ke Ipoh pasti sudah pernah menikmati makanan di Restoran New Hollywood, Suhaimi Cafe, Ipoh Hainan Chicken Rice, Cendol & Rojak Padang Ipoh, Mee Udang & Ketam Sempoi Diraja dan banyak lagi.
Ada satu lagi tempat makan yang unik yang harus di letakkan dalam list oleh para pengunjung yang datang ke Ipoh iaitu Bukit Merah Wood Products Sdn Bhd.  
Bukit Merah Wood Products Sdn Bhd sebenarnya memang syarikat kayu-kayan yang membuat perabut unik seperti kerusi, meja dari kayu banian,  kemudian membuka kedai kopi atau Cafe kayu di hadapan kilang kayunya.

Kunjungan kak mied ke sini bersama rakan-rakan media yang lain memberi kami peluang menikmati keunikan Kedai Kopi Bukit Merah Wood Products ini.
Kami di jamu nasi lemak, sambal sotong dan udang,  ayam kicap stim serta kueh-mueh seperti onde-onde buah melaka dan mochi.
Nasi Lemak siap ada papadom😋

Secara jujurnya,  kak mied memang orang melayu yang membesar di kampung bersama nasi lemak,  jadi terus terang k mied kata nasi lemak di sini memang cukup santannya dan sambal tumis udang dan sotong juga sedap.  Kueh onde-onde buah melaka dan mochi ...jangan cakap memang faberat kmied... dekat 8 biji di sebatnya😅.  Untuk minuman kami cuba signature kopi iaitu Ipoh White Coffee dan SYL Coffee.
Minuman signature di sini Ipoh White Coffee..memang terbaik👍👍

SYL Coffee
Selepas habis menjamu selera,  kami pun berOOTD di dalam kedai.  Memang unik betul rekabentuk kayu-kayu yang diletakkan.


Kami kemudian di bawa untuk melihat kawasan di tepi dan dibelakang Cafe.





Bagi peminat perabut rekabentuk kayu macam kak mied nie memang suka sangat dapat tengok produk-produk kayu sambil tue berOOTD sakan lah😄.
Pada mereka yang nak tengok keunikkan Cafe nie, sambil menikmati kopi di sini juga menu-menu lain seperti mee curry, roti bakar dan lain-lain kak mied letakkan alamat di bawah nie ya.
📍34, Jalan Lahat
31450 Ipoh, Perak

📞05 -32313889

#TravelPeraklah
Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...