Assalamulaikum dan Salam Sejahtera
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam & Pelancongan Negeri Perak (PKP Perak), YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi menyempurnakan pengumuman kerjasama platform penjualan tiket unik khusus untuk negeri Perak yang dikenali sebagai ‘Perak Box Office’. Disokong oleh PKP Perak dan People of Remarkable Talents (PORT), inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan negeri Perak dan menjana lebih dari RM70 juta dalam tempoh lima tahun.
Perak merupakan salah satu destinasi pilihan pelancongan di Malaysia, mempunyai kepelbagaian flora dan fauna dan kaya dengan sejarah yang menjadi tarikan pelancongan. Selain itu, pelbagai acara seni kreatif dan kebudayaan kerap dianjurkan bagi menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa.
YB Dato’ Nolee Ashilin bt. Dato’ Mohammed Radzi berkata, “Saya berasa gembira untuk menyambut para pelancong tempatan dan antarabangsa ke destinasi pelancongan kami dan melakarkan memori yang berkekalan. Sepanjang tempoh pasca pandemik, saya sedar yang kita boleh lakukan yang lebih baik untuk #travelperaklah dan Cuti-Cuti Malaysia.”
Beliau menambah, “Platform seperti ‘Perak Box Office’ bukan sahaja berguna kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengunjungi destinasi-destinasi di Perak dan mendapat maklumat terkini mengenai acara, tetapi juga berfungsi sebagai pemangkin untuk pembangunan negeri Perak dengan menjana pendapatan sebanyak RM 70 juta dalam tempoh lima tahun.”.
Bersempena dengan pengumuman ini, L’Univers turut mengumumkan mereka akan membawa pertunjukan-pertunjukan seni kreatif dan kebudayaan dari serata dunia ke negeri Perak, bermula dengan pelancaran “The UK Bubble Show”, sebuah pertunjukan silap mata yang memenangi anugerah menampilkan pemegang beberapa Rekod Dunia, Eran Backler yang baklal mencipta satu lagi Rekod Dunia di Malaysia. Para pelancong juga akan disaji dengan pelbagai pertunjukan yang menghiburkan pada suku akhir tahun 2022, yang akan tersedia di platform ‘Perak Box Office’ kelak. Ini termasuk:
- Simposium Muzik Antarabangsa
- Festival Jazz Pulau Pangkor
- Hari Keluarga Krismas, Gopeng
- Pesta Laut, Lumut
- Bengkel Tarian dan Gimnastik PSTPA
- Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia
Comments
Post a Comment
TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN