Skip to main content

NASI DALCA DI PETALING JAYA : RESTORAN NASI DALCA SALSABILA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera 

Hari ini hari Minggulah...esok cuti Perayaan Deepavali pulak....Apa nak buat?.. biasa ramai yang balik kampung.
Kalau tak balik kampung, hari minggu macam- macam aktiviti nak kita buat..ada yang suka memasak di rumah pada hari minggu sebab hari biasa sibuk berkerja,  lain pulak pada kak mied sebab dari dulu kak mied suka makan di luar pada hari minggu sebab hari- hari lain kak mied jarang makan di luar.
So..hari ini tengah terfikir nak makan tengahari di mana pulak🤔🤔
Kak mied baru teringat ada sebuah Restoran Nasi Dalca yang baru di buka di Taman Megah, Petaling Jaya. Rasa-rasa nak terjah Nasi Dalca di situ...huhuhu.
Sebelum tue,. Kak mied nak tanya korang.. tahu ke Nasi Dalca tue macam mana??
Nasi Dalca tue nasi dia Nasi Kuning,. Nasi kuning lebih kurang macam macam Nasi minyak gitew, kuah dan lauk sama lebih kurang macam Nasi Kandar. Dah tahu macamana Nasi Dalca kan..
Jomlah pergi terjah Restoran Nasi Dalca Salsabila nie 🥰
Terletak di Taman Megah, Petaling Jaya

Kita tengok dulu Menu-menu  yang ada kat sini dan suasana di dalam restoran.


Suasana dalam restoran simple aje...menurut owner masih dalam proses untuk mendekorasi..tapi rare juga guna kain batik sebagai alas meja dan yang paling kak mied suka ialah guna pinggan kaca lagend mak-mak tue❤️

Jom tengok apa yang kak mied makan pulak
Tudia...Nasi kuning letak telur masin lagi..letak bendi, bawang goreng, peria goreng, lauk pulak ambik Lamb Shank dan ayam masak merah,. Kuah pulak ada 3 jenis kuah

Lamb Shank yang disalai dahulu kemudian di masak dengan kuah herba resepi rahsia..memang terbaik👍

Kalau teringin Nasi Dalca, dah tak payah kak mied turun Penang dah..datang Taman Megah nie pun dah cukup.
Pada yang tercari-cari Nasi Dalca tue, nie kak mied letakkan info nya .
Selamat Menjamu Selera.
Kalau Sedap bagitau Kawan-kawan,. Kalau tak sedap bagitau Owner,  supaya owner boleh buat perubahan...tak gitew 😘😘.
Alamat : 90, Jalan SS 24/2, Taman Megah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 018 3853096
Waktu Operasi. : 11am hingga 8pm ( setiap hari)
Nasi Dalca Salsabila : 

Salam sayang,

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...