Skip to main content

KOPI KENANGAN, SYARIKAT F&B ‘UNICORN’ PERTAMA DAN TERBAHARU DI ASIA TENGGARA KINI MELEBARKAN SAYAPNYA KE MALAYSIA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera
Kopi Kenangan, rangkaian F&B paling pesat membangun dari Indonesia kini membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada  17 Oktober 2022 di Suria KLCC. Pelancaran kedai ini dirasmikan oleh Pengasas Bersama Kopi Kenangan, CEO Edward Tirtanata, dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan, James Prananto.


CEO dan Pengasas Bersama Edward Tirtanata berkata, 
"Kami memilih Malaysia sebagai destinasi perkembangan pemasaran pertama kami kerana kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan, perkembangan budaya kopi dan konsep makanan “grab-and-go”. Terdapat banyak persamaan cita rasa makanan rakyat Malaysia dengan Indonesia dan keinginan mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sektor F&B di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah disebabkan pengalihan negara ke arah ekonomi digital pendapatan tinggi, dengan penekanan diberikan terhadap pendigitalan, selari dengan operasi perniagaan kami. Kami ingin mengeksport kejayaan model kopi “grab-and-go” kami dari Indonesia ke pasaran luar negara, bermula dengan Malaysia. Kami mengasaskan Kopi Kenangan dengan tujuan untuk menjadikan kopi berkualiti dengan harga yang lebih berpatutan dan mudah didapati untuk semua. Kami cukup teruja untuk berkongsi cita rasa kopi Indonesia bersama dengan sahabat-sahabat kami di Malaysia.”
CEO dan Pengasas Bersama Edward Tirtanata 

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan James Prananto pula berkata, 

Kopi Kenangan akan beroperasi di bawah jenama Kenangan Coffee sebagai nama rasminya di luar Indonesia. Kami ingin memberikan penekanan terhadap perkataan Kenangan kerana ia menggambarkan memori yang dicipta bersama. Semua pelanggan yang melawat kedai akan dilayan seperti seorang rakan, dan setiap cawan kopi yang dijual akan dibuat dengan kasih sayang, agar pelanggan kami juga dapat mencipta kenangan bersama dengan kami. Kami ingin menjadi jenama yang paling disukai pelanggan di Asia Tenggara, dan Malaysia akan memainkan peranan yang penting  dalam membantu kami mencapai matlamat ini.

James Prananto

Kenangan Coffee akan membuka empat lagi cawangan di MyTown Cheras, Pavilion KL, NU Sentral KL dan Sunway Pyramid PJ menjelang akhir tahun ini. Ia juga telah melancarkan pusat latihan ‘Training Academy’ yang tersendiri di Uptown, PJ untuk menyediakan pelbagai program latihan untuk barista dan pekerjanya yang lain, dengan hasrat untuk menjadi pusat latihan F&B profesional terbaik di Malaysia. Selari dengan komitmennya untuk menyediakan kopi berkualiti terbaik kepada para pelanggan

, jenama ini juga telah mendapatkan khidmat Mikael Jasin, Barista Ke-7 Terbaik di Dunia (2021) pada masa ini sebagai Pengarah Kopi (Head of Coffee) dan akan memanfaatkan kepakaran dan pengalamannya yang luas bagi merevolusikan cara Kenangan Coffee diperoleh, dihasilkan, dan dinikmati.


Kenangan Coffee akan memperkenalkan minuman istimewanya, Kenangan Latte (Gambar 1) dan Avocado Coffee (Gambar 2), serta pelbagai pilihan kopi lain.

Kenangan Latte

Avacado Coffee


 Setiap cawan kopi akan dijual pada harga permulaan RM5.90, selaras dengan janji jenama ini untuk menyediakan kopi berkualiti dengan harga berpatutan kepada semua. Kenangan Coffee juga akan menyediakan pelbagai juadah bersama dengan pilihan kopinya.


Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kenangancoffee.my


Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...