Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

NASI DALCA DI PETALING JAYA : RESTORAN NASI DALCA SALSABILA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera  Hari ini hari Minggulah...esok cuti Perayaan Deepavali pulak....Apa nak buat?.. biasa ramai yang balik kampung. Kalau tak balik kampung, hari minggu macam- macam aktiviti nak kita buat..ada yang suka memasak di rumah pada hari minggu sebab hari biasa sibuk berkerja,  lain pulak pada kak mied sebab dari dulu kak mied suka makan di luar pada hari minggu sebab hari- hari lain kak mied jarang makan di luar. So..hari ini tengah terfikir nak makan tengahari di mana pulak🤔🤔 Kak mied baru teringat ada sebuah Restoran Nasi Dalca yang baru di buka di Taman Megah , Petaling Jaya . Rasa-rasa nak terjah Nasi Dalca di situ...huhuhu. Sebelum tue,. Kak mied nak tanya korang.. tahu ke Nasi Dalca tue macam mana?? Nasi Dalca tue nasi dia Nasi Kuning,. Nasi kuning lebih kurang macam macam Nasi minyak gitew, kuah dan lauk sama lebih kurang macam Nasi Kandar . Dah tahu macamana Nasi Dalca kan.. Jomlah pergi terjah Restoran Nasi Dalca Salsabila nie...

KOPI KENANGAN, SYARIKAT F&B ‘UNICORN’ PERTAMA DAN TERBAHARU DI ASIA TENGGARA KINI MELEBARKAN SAYAPNYA KE MALAYSIA

 Assalamulaikum dan salam sejahtera Kopi Kenangan, rangkaian F&B paling pesat membangun dari Indonesia kini membuka cawangan pertamanya di Malaysia pada  17 Oktober 2022 di Suria KLCC . Pelancaran kedai ini dirasmikan oleh Pengasas Bersama Kopi Kenangan, CEO Edward Tirtanata , dan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan, James Prananto . CEO dan Pengasas Bersama Edward Tirtanata berkata,  "Kami memilih Malaysia sebagai destinasi perkembangan pemasaran pertama kami kerana kegemaran rakyat Malaysia terhadap makanan, perkembangan budaya kopi dan konsep makanan “grab-and-go”. Terdapat banyak persamaan cita rasa makanan rakyat Malaysia dengan Indonesia dan keinginan mereka untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sektor F&B di Malaysia mempunyai masa depan yang cerah disebabkan pengalihan negara ke arah ekonomi digital pendapatan tinggi, dengan penekanan diberikan terhadap pendigitalan, selari dengan operasi perniagaan kami. Kami ingin mengeksport kejayaan model kopi “grab-and-...

RESTORAN NASI ARAB SPECIAL TAMAN CEMPAKA , IPOH

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Kali ini kak mied  bersama teman-teman blogger ke Ipoh lagi untuk menghadiri Nostalgia Lagenda Charity Dinner.  Kami menginap satu malam di Hotel Zone, Ipoh. Dah sampai Ipoh nie, rasanya tak best pulak tak pergi Food Hunting 🥰. Seorang kawan mengajak makan Nasi Arab. ..katanya nasi Arab dekat situ sedap dan yang paling penting harga sangat marhaen. Kak mied asalnya tidak berapa setuju nak makan di situ sebab risau jauh dari hotel Zone dan faham-faham Nasi Arab biasa harga cekik darah gak🤭.  Perut dah lapar nie, jomlah kita makan- makan.Kita google Map jap...rupanya hanya 14 minit jer dari Hotel Zone 📍 No.18, Regat Sri Cempaka, Taman Cempaka, 31400 Perak Waktu Operasi : 8.00 am hingga 11:00pm  ( setiap hari) Tel : 011- 11411183  Boleh tengok Menu-menunya..kan dah ckp harga sangat marhaen🥰  Nie Menu-menu yang kami order. Nasi Mandy Kambing, Nasi Mandy Ayam, Spaghetti, Kunafa Cheese , Sharwama sandwich daging, Baklava ...

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL NOSTALGIA LAGENDA DI KELAB GOLF DIRAJA PERAK

 Assalamulaikum dan salam sejahtera. Majlis Makan Malam Amal Nostalgia Lagenda telah berlangsung pada Sabtu, 15 Oktober 2022 di Kelab Golf DiRaja Perak (Royal Perak Golf Club) dengan kehadiran eksklusif Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak. Duli Yang Maha Mulia Raja Di Hilir hadir pada Majlis ini Umum sedia maklum, tahun 2020 pandemik global Covid 19 telah memberi impak besar kepada industri hiburan apabila semua aktiviti seni terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan dan kesihatan. Ramai antara artis yang terjejas. Ada yang terpaksa menjual alatan muzik bagi kelangsungan hidup, ada yang jatuh sakit malah ada yang meninggal dunia. Walaupun kerajaan sudah membuka semula sektor hiburan pada awal penamatan PKP bagi membolehkan para artis dan penggiat seni meneruskan pencarian pendapatan dan pelbagai inisiatif digiatkan oleh agensi kerajaan dan NGO seperti Karyawan sudah tentu ia ambil masa agak lama untuk menstabilkan keadaan sosio-ekonomi mereka. YM Dr Raja Putra Shah ber...

AEON LANCAR DRAMA BERSIRI “SAYAP BAGIMU” DI MAJLIS TAYANGAN GALA & SIDANG MEDIA SEMPENA ULANG TAHUN KE-38

Assalamulaikum dan salam sejahtera AEON CO. (M) BHD. (AEON ) terus melebarkan sayapnya untuk  mendekatkan diri dan menggiatkan lagi penglibatan bersama  pelanggan dengan melancarkan drama bersiri Sayap Bagimu di majlis “ Tayangan  Gala dan Sidang Akhbar Sayap Bagimu” yang diadakan TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur. Majlis penuh gemilang tersebut turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Iskandar Sarudin , Pengerusi AEON dan juga beberapa barisan artis yang membintangi drama tersebut. Antaranya Alif Satar, Siti Nordiana, Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi.  Majlis tayangan gala ini juga diadakan bersempena sambutan ulang tahun AEON yang ke-38 membawa tema “Sayap Bagimu”, iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya. Dato'Iskandar Sarudin Menurut Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON,” Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami s...

TEMPAT MAKAN UNIK DI IPOH : BUKIT MERAH WOOD PRODUCTS COFFEE SHOP

 Assalamulaikum dan Salam sejahtera. Ipoh adalah ibu negeri Perak,  terkenal dengan bangunan-bangunan kolonial  serta destinasi-destinasi untuk tempat makan yang popular. Ramai yang datang ke Ipoh semata-mata untuk merasai keenakkan makanannya.   Bagi yang telah ke Ipoh pasti sudah pernah menikmati makanan di Restoran New Hollywood, Suhaimi Cafe, Ipoh Hainan Chicken Rice, Cendol & Rojak Padang Ipoh, Mee Udang & Ketam Sempoi Diraja dan banyak lagi. Ada satu lagi tempat makan yang unik yang harus di letakkan dalam list oleh para pengunjung yang datang ke Ipoh iaitu  Bukit Merah Wood Products Sdn Bhd.    Bukit Merah Wood Products Sdn Bhd sebenarnya memang syarikat kayu-kayan yang membuat perabut unik seperti kerusi, meja dari kayu banian,   kemudian membuka kedai kopi atau Cafe kayu di hadapan kilang kayunya. Kunjungan kak mied ke sini bersama rakan-rakan media yang lain memberi kami peluang menikmati keunikan Kedai Kopi Bukit Me...