Skip to main content

KAFE SATAY BAKAR TANPA LEMAK DI SHAH ALAM

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Siapa sini peminat satay?? Rasanya semua pun suka makan satay kan. Boleh dikatakan Satay merupakan makanan kegemaran hampir keseluruhan rakyat Malaysia.

Satay ialah hirisan daging yang di potong dan di cucuk pada lidi kemudian dibakar hingga masak dan garing.  Ada macam-macam jenis satay antaranya satay ayam, satay daging, satay kambing, satay arnab dan satay cendawan. Keenakkan satay dinilai dari kelembutan daging yang dibakar.  Kuah kacang yang di hidang bersama satay juga memainkan peranan untuk menentukan keenakkan satay tersebut.

Baru-baru ini k mied ke Shah Alam, dalam perjalanan balik ke rumah singgah dulu untuk makan satay di sebuah Kafe iaitu Kafe Satay Bakar Shah Alam.

📍Alamat : No.53 & 53A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Disini terdapat beberapa jenis satay yang dijual antaranya satay ayam, satay daging, satay kambing dan satay Cendawan.


Kelainan satay yang terdapat di sini ialah satay yang dijual adalah Satay Tanpa Lemak,  dimana untuk satay ayam,  hanya isi ayam di bahagian dada digunakan dan Daging Tenderloin pula digunakan untuk Satay Daging. Satay Kambing pula menggunakan daging kambing New Zealand dan Satay Cendawan menggunakan cendawan jenis King Oyster.

Selain dari pada satay,  ada juga lain-lain menu di sajikan antaranya : Nasi Satay(satay di hidang bersama Nasi Lemak dan Sambal tumis beserta timun dan bawang), Rojak Satay (satay yang diasingkan lidi dihidang bersama nasi impit timun dan bawang),  Nasi Impit Kuah Kacang dan Nasi Lemak Telur Dadar.
Satay Mentah dan Satay Frozen juga boleh di beli di sini.

Susunatur Kafe ini juga sangat Cozy dan kemas.  Sangat sesuai jika ingin makan-makan bersama keluarga atau buat jamuan sambutan hari lahir kerana ada ruangan Kafe di tingkat atas lebih privasi.

Waktu operasi Kafe Satay Bakar Shah Alam :
Isnin hingga Ahad 
( kecuali hari Khamis tutup)
10:00 pagi - 9:30 malam

Tel : 012 3349149



Salam sayang,

Comments

Post a Comment

TERIMA KASIH PADA YANG SUDI MEMBERI KOMEN

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...