Skip to main content

RESTORAN MAKANAN ARAB BEST DI JOHOR BHARU

 Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Sejak balik dari mengerjakan Umrah di penghujung bulan March, k.mied dah lama tidak makan makanan Arab.  Memang ada planning dengan kawan-kawan nak makan itulah, nak makan inilah tapi ada jer tak jadi sebab sibuklah, bekerja dan macam-macam hal.

Tertiba minggu lepas salah seorang kawan k.mied mengajak makan makanan Arab di Restoran Zaituna.  Katanya makanan di restoran ini sedap beb!

Awalnya planning nak pergi hari Sabtu atau Ahad, kerana sorang kawan nie kerja office..kitaorang bertiga yang lain tak pa...hari apa pun boleh..almaklumlah dah pencen semua🤭.

Tapi..bila baca review kt Fb,.restoran nie memang penuhlah time hujung minggu, jadi akhirnya kami decide nak ke restoran ini pada hari Jumaat.  Kami pun whatsapp untuk booking dan dapatlah slot jam 5:00 petang. Korang yang nak makan di restoran ini k.mied syorkan eloklah booking siap-siap, kang tak pasal-pasal datang jauh-jauh kena beratur lama pulak.

Kami dah sampai❤️❤️
Kami sampai di restoran Zaituna ini kira-kira pukul 5.05 petang, ketika itu kelihatan masih ramai pelanggan sedang menjamu selera walaupun bukan waktu makan tengahari...kan k.mied dah cakap elok booking awal-awal..bila booking awal-awal, jadi meja dah sedia..kan senang tak payah menunggu.

Masuk aje ke dalam restoran, mata k.mied tertumpu kepada manisan yang tersusun macam gunung tue...Aduyai! memang mengoda nie ...tidak mengapa kejap lagi aku sebat..hahaha.


K.mied tak sabar nak ngap nie🤭


Tengok pun dah terliur😋

Kami startlah order apa yang rasa nak makan,. Sorang-sorang orderlah lain -lain menu sebab nanti boleh sama-sama share sebab portion dia memang banyak..kalau setakat orang Malaysia makan memang tak habis.

Kitaorang pilih tempat duduk yang bersila ..baru rasa feel macam makan di Khemah orang Arab😘

K.mied minatlah hiasan-hiasan tembaga gini nie..huhuhu



Kalau korang nak duduk di kerusi biasa nie pun ok..tak dah masalah

Jom kita tengok menu apa kitaorang order.

Nasi Arab Dulang (Ayam dan Kambing)untuk 4 orang makan tapi seriously 6 orang makan pun cukup beb!

Salad

Shawarma Daging

Cheese Pizza


Minuman pula kami order Juice Nenas, Oren dan Roselle serta Arabic tea yang akan di minum bersama Manisan(Baklava)


Seriously makanan kat sini sedap..korang boleh cuba sendiri..memang terbaik 👍👍

Lepas makan Nasi Arab, cuba Pizza dan Shawarma,. kami pun menikmati Arabic Tea bersama manisan(baklava).


Pilih jer Baklava apa pun ...semua sedap-sedap belaka😋



Kunafa dia memang terbaik..terus ingat ketika makan di Mekah..huhuhu

Disebab kami semua perempuan, makanan pun ada yang lebih jadi kami siap bungkus nak sambung makan semula kemudian.😅

Kalau ada yang berminat nak cuba, orang Johor  dan yang sampai Johor tak tahu nak makan apa, cuba-cubalah makanan kat sini.

📍Alamat : Zaituna Restaurant
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek,
80200, Johor Bharu, 
Johor Darul Takzim

Tel : 07 - 2133577

Waktu operasi : 11:00pagi hingga 11:00 malam





Selamat Menjamu Selera❤️❤️


Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...