Skip to main content

RESORT TAMAN EKO RIMBA KOMANWEL : AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA DI SINI

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari yang lalu k mied dan rakan- rakan mengunjungi Resort Taman Eko Rimba Komanwel yang terletak di Daerah Rawang, Selangor.  Kedatangan kami ke sini  untuk menyertai Fam Trip/ Hari Terbuka MediaTourism Selangor 2022.

Selama nie k mied tahu aje mengenai Taman Rimba Eko Komanwel ini tetapi tidak pernah masuk pun ke kawasan ini kerana fikir sama sahaja dengan Taman Rimba yang lain, yang ada air terjun atau air sungai untuk mandi manda sahaja. 

Tekaan k mied ternyata salah sama sekali😅. 

Sebelum k mied bawak korang menjelajah tempat nie ..jom k mied cerita cikit tentang Resort Taman Eko Rimba Komanwel ini .

Taman Eko Rimba Komanwel terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala 
ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang.
Tarikannya  ialah,  ia merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). 

Commonwealth Eco Forest Park & Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba
Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

Welcome to RTERK
Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh di lakukan disini seperti berbasikal, berkayak, berkhemah, menaiki basikal Elektrik, menaiki ATV, meredah hutan (jungle trekking) dan mandi sungai.





Bukan saje boleh melakukan aktiviti-aktiviti lasak disini, yang suka berOOTD jangan susah hati...banyak betul tempat-tempat yang cantik dan instagrammable.

Loaves & Bites Cafe

Mini Flower Garden Cik Bunga & Telephone Booth Cik Bunga

Lake Campsite

The White Cottage

Glamping Site

Memang seronoklah dapat rehat-rehatkan minda disini.  Korang boleh pilih nak menginap di villa atau berkhemah. Sudah tentu banyak pengalaman indah menanti korang.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri,  Tourism Selangor Sdn Bhd dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan untuk tempahan boleh layari :

Website :

Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...