Skip to main content

PROGRAM EXPLORACE MEMPROMOSIKAN PRODUK PELANCONGAN ‘EXPERIENTIAL’ DI DAERAH SABAK BERNAM

Assalamulaikum dan Salam sejahtera.

SABAK BERNAM – Kerajaan Negeri Selangor menerusi Agensi Promosi Pelancongan Rasmi, Tourism Selangor dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menganjurkan program Explorace Sabak Bernam 2022 pada 13 Ogos yang lalu di Homestay Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam. Lebih 100 orang peserta telah menyertai program ini dan penganjuran acara ini merupakan program kesinambungan dari Program Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang telah berjaya dianjurkan oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam pada tahun 2016 hingga 2018.


Hasil dari kejayaan penganjuran Karnival Pelancongan Sabak Bernam yang lalu, pihak MDSB dengan Kerjasama Tourism Selangor merancang untuk menganjurkan penganjuran acara Explorace Sabak Bernam bagi menggalakkan sektor pelancongan di daerah Sabak Bernam. Acara ini merupakan acara pertandingan penjelajahan berkereta secara berkumpulan di mana peserta perlu mencari lokasi – lokasi yang telah ditetapkan berpandukan maklumat – maklumat yang diperoleh untuk menyelesaikan soalan dan tugasan di setiap lokasi checkpoint.

En Azrul Shah bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata, “Pengajuran acara seumpama ini adalah untuk menyokong dan menggalakkan penganjuran acara pelancongan di Negeri Selangor khususnya di daerah Sabak Bernam bagi meningkatkan jumlah kehadiran pelancong serta mempromosi daerah Sabak Bernam sebagai sebuah destinasi pelancongan agro di Selangor. Melalui aktiviti yang ditawarkan, ianya dapat mempromosikan aktiviti pelancongan berasaskan “Experience Tourism” dan berasaskan komuniti yang terdapat di daerah Sabak Bernam.”

Antara pengisian program Explorace Sabak Bernam 2022 adalah penyediaan aktiviti kepada para peserta seperti menjawab soalan kuiz, membuat layang–layang, menghias dan makan nasi ambeng, memancing udang galah, mencari remis di tepi pantai dan menampi padi. Antara kawasan pelancongan yang terlibat di sekitar daerah Sabak Bernam adalah seperti, Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Homestay Papitusulem, Sekinchan, Homestay Sg. Nibong, Sungai Besar, Homestay Batu 4 Sepintas, Sabak Bernam, dan Mini Muzium Wak Surgi.

Lokasi 1 : Mini Muzium Wak Surgi

Menyanyi dan bermain alat Muzik 

Mengecat tembok pagar 

Mencari dan mengenal pasti barangan antik
Lokasi 2 : Homestay Batu 4 Sepintas
Membuat dan membungkus Kueh Goyang





Lokasi 3 : Homestay Batu 23 Sungai Nibong
Mencuba alat Musik Gamelan


Lokasi 4 : Homestay Papitusulem
Mendekorasi Nasi Ambeng dan makan Nasi Ambeng




Lokasi 5 : Homestay Sungai Hj Dorani
Mengagau Ikan Keli di sawah








Semua peserta yang terdiri dari 18 kumpulan berjaya menghabiskan aktiviti-aktiviti yang diberikan. Tahniah kepada pemenang dan juga kepada para peserta.  Aktiviti-aktiviti seperti ini sudah tentu dapat menyemarak kan kembali industri pelancongan fi kawasan Sabah Bernam dan sekitarnya 




Untuk info lanjut : www.selangor.travel

#nakbercuti?  #pusingselangordulu
#splendidselangor

Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambu...