Skip to main content

PREVIEW FILEM : JUANG THE MOVIE

Assalamulaikum dan salam sejahtera 

Pada 23hb Ogos 2022, k.mied berpeluang  menghadiri tayangan perdana filem JUANG The Movie yang berlansung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur 


Filem JUANG the movie ini mengangkat kisah perih getir para pemain barisan hadapan atau frontliners termasuk polis, doktor, jururawat, tentera serta penghantar makanan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.

JUANG dilahirkan dari isi hati dan perspektif lima sutradara prolifik negara iaitu Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim,  Matt Lai, Kabur Bhatia serta Osman Ali.

Memantapkan projek mega ini adalah barisan 500 karyawan seni yang tidak mahu melepaskan peluang memberikan dedikasi sekaligus peluang mencipta sejarah buat filem yang disifatkan untuk rakyat Malaysia ini.

Juang Diiktiraf Malaysia Book Of Records, Cipta Rekod Karyawan Paling Ramai Terbabit dalam satu naskhah.

Lebih membanggakan hasil seni ini mencipta rekod apabila diiktiraf Malaysia Book of Records(MBR) sebagai Most Movie Casts In A Feature Film ( Filem Dengan Karyawan Seni Paling Ramai) dengan pembabitan lebih 500 pemain industri hiburan tempatan.

“Kolaborasi antara Asia Tropical Films Sdn Bhd bersama The Engine Sdn. Bhd. ini berjaya menerima pengiktirafan dari MBR apabila produksi ini membabitkan 335 pelakon dengan 100 adalah aktor dan aktrrs utama manakala 235 dijayakan bersama pelakon tambahan.

JUANG yang dibarisi aktor dan aktres handalan berbilang kaum termasuk Zul Ariffin, Zizan
Razak, Janna Nick, Izzue Islam, Sangeeta, Chew Kin Wah, Angelin Tan, Steve Yap serta

penampilan Allahyarham Adibah Noor ini akan memaparkan perit getir yang diinspirasikan
sepanjang dua tahun negara berdepan pandemik yang cukup meninggalkan kesan mendalam
ini.

Zizan Razak

Zul Ariffin & Janna Nick
Allahyarham Adibah Noor

Sangeeta

Jack Lim

Hoe Ren

Filem ini diperkuat dengan lagu tema Wira Hatiku dendangan Datuk Sheila Majid bersama
iringan muzik terbaik dari Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO). Turut menambahkan keistimewaan JUANG apabila pesohor nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza terlibat
mendendangkan lagu tema berjudul Sama Sama

SINOPSIS: Lima pengarah menghasilkan karya yang disatukan dalam sebuah naskhah dengan
kaca mata dan perspektif mengenai situasi pandemik COVID 19 yang melanda dunia, dua
tahun lalu.

PENERBIT EKSEKUTIF: Asia Tropical Films Sdn. Bhd., The Film Engine

PENGARAH: Matt Lai, Aziz M Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Kabir Bahtia dan Osman Ali

PELAKON: Zul Ariffin, Zizan Razak, Janna Nick, Sangeeta Krishnasamy, Izzue Islam, Chew Kin
Wah, Angelin Tan, Steve Yap, Vanidah Imran, Dato Jalaludin Hassan, Lisdawati, Fahrin Ahmad,
Pekin Ibrahim, Duwerra Mitilda, Cedric Loo, Luqman Hafidz, Silfeny Osman, Priscilla Abby,
Gadrick Chin, Wanna Ali, Puteri Rayyana, Angeline Tan, Baki Zainal, Abi Manyu, Dian P
Ramlee, Bohari Ibrahim bersama ratusan pelakon tambahan.
DURASI: 119 minit

LAGU TEMA 1: WIRA HATIKU (Datuk Sheila Majid)
LAGU TEMA 2: SAMA SAMA (Dato’ Sri Siti Nurhaliza)

PENCAPAIAN: Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Most Movie Casts In A Feature Film
(Filem Dengan Karyawan Seni Paling Ramai) dengan pembabitan lebih 500 pemain industri
hiburan tempatan.

TARIKH TAYANGAN: 8 September 2022

FACEBOOK RASMI
https://www.facebook.com/juangthemovie

INSTAGRAM RASMI:https://www.instagram.com/juangthemovie/

TWITTER RASMI:https://twitter.com/JUANGTheMovie

TIKTOK RASMI: https://www.tiktok.com/@juangthemovie

DIPERSEMBAHKAN OLEH:Cuckoo

DIPERSEMBAHKAN BERSAMA:Dutch Lady Malaysia, Ogawa Malaysia

PENAJA: Dcoreum, Derm10, Kivrus, Munchy's

RAKAN MEDIA RASMI:Era, Sinar, Gegar, My, Melody, Goxuan, Raaga

DISOKONG OLEH: Air Asia, Malaysia Airports, Finas Malaysia, Polis Diraja Malaysia

RAKAN RASMI ORKESTRA: Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO)

DIPERSEMBAHKAN BERSAMA:Astro Shaw, Webtvasia, Film Force, Suhan Movies, Rainbow
Enterprise, Trinity Group, Unity Kitchen, Korea Wallpaper, Gplex Realty, Tremella Global,
Magnum Cloud Sdn Bhd, Oasis Home, Chicken Claypot House Malaysia, Wellous Malaysia

Berikan tanda sokongan anda kepada Frontliner Negara dengan menonton Filem JUANG The Movie di Pawagan mulai dari 8 September 2022

Salam sayang,



Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kediaman kita eloklah na

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-kedai jenama-jenama terkenal

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Minggu nie nak pergi mana pulak? .  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun . K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰 Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲 Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004 . Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu : Lost Water Park Lost World Amusement Park Lost World Hot Springs & Spa Lost World Tiger Valley Lost World Petting Zoo Lost World Tin Valley Lost World Adventure Park Check harga dulu...kitaorg beli online je Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pag