Skip to main content

PERCUTIAN 2HARI 1MALAM DI LOST WORLD OF TAMBUN

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Minggu nie nak pergi mana pulak?.  K mied rasa nak berehat aje di rumah setelah dari hari raya aidil adha hari tue hingga sekarang asyik berjalan jer ..bermula melaka, kemudian batam, lepas tue hatyai. Ingat-ingat dapatlah rest kejap....tapi hahaha..anak-anak ajak pula ke Lost World of Tambun. K mied pulak pantang diajak...cepat benar bertenaga ..huhuhu🥰🥰


Bukan senang anak bujang nak ikut jejalan dgn mama dia..kali ini ikut pulak..alhamdulillah 🤲

Taman tema ini berkeluasan  40 ekar, Ianya dibuka kepada pengunjung pada 11 November 2004.
Selain ada Taman Tema Air,  ada 7 taman tema lain yang menyeronokkan iaitu :
  • Lost Water Park
  • Lost World Amusement Park
  • Lost World Hot Springs & Spa
  • Lost World Tiger Valley
  • Lost World Petting Zoo
  • Lost World Tin Valley
  • Lost World Adventure Park
Check harga dulu...kitaorg beli online je

Kami mulakan perjalanan dari rumah di Selangor kira-kira pukul 8.30 pagi dan sampai ke Lost World of Tambun sekitar 11.30 pagi .
Suasana di pintu masuk pun kelihatan biasa-biasa aje, pengunjung pun tak ramai walaupun hari Ahad mungkin bukan cuti sekolah agaknya.

Disebabkan  dah beli tiket secara online, jadi segalanya berjalan lancar dan tidak payah beratur pun cuma ikut jer laluan online purchase yang disediakan.

Dah tukar pakaian yang sesuai, kami mulakan dengan ke Lost World Lupe's Advanture untuk try Roller Coaster.


Muka-muka happy naik roller coaster awalnya...lepas tue boleh dengar terjerit-jerit😅😅
Roller coaster nie biasa jer tapi bagi yang gayat memang seramlah juga😆
Dah habis terjerit-jerit tadi, kami pun start berendam di Water Park pulak.
Kami mulakan dengan 
Gelungsur /Slide dulu....ada 3 slide yang kami cuba.

Slide nie biasa-biasa...tapi tertelanlah air jugak..hahaha

Nie slide kanak-kanak riang...yang penting happy..hahaha

Nie slide nie paling best sbb dia gostan balik...harus di cuba yang nie😄


Dah puas mandi-manda, perut pun dah berkeroncong bagai...jangan risau ada banyak port yang jual makanan, ada nasi kukus, mee goreng, maggi goreng, roti sardin, keropok lekur, jagung rebus dan macam-macam lagi dengan harga yang pada k mied tak lah mahal..bolelah di terima. Minuman pun macam-macam ada..abc,  cendol. dan  ais krim pun ada.

Lepas makan, kitaorang sambung lagi ke Petting Zoo.
Kami ambil kesempatan untuk bermesra dan bagi makan kat binatang-binatang jinak seperti zirafah dan kuda belang.
Sabar boleh tak..hehehe🦒🦒



Sayang cikit muah😘😘


Untuk menyaksikan pertunjukan haiwan,. Kita kena peka pada jadual yang sediakan.  Kitaorang ambil keputusan skip jer sebab katanya selalu dah tengok...tengok di Sarkas kut budak-budak nie....entahlah ikutkan aje... jadi kitaorang terus ke Lost World Tin Valley.
Di Lost World Tin Valley ini, adalah sejarah-sejarah perlombongan bijih timah kerana asal pun kawasan Lost World of Tambun ini adalah kawasan perlombongan bijih timah.




K mied pun cubalah mendulang...manalah tahu tetiba jumpa dua tiga ketul emas😄 


Kau dah kena apa dek..macam betul-betul kena baham dek hippo

Adui...tak tahu apa motif bergambar dengan pelampung kt sini....tapi kat belakang tue ialah Malayana Floating Villa, boleh beli pakej menginap di villa nie

Glamping pun ada di sini serta zipline.  Asalnya nak try Zipline, tapi semua macam lemau dah maka kami batalkan hasrat.





Sebelum check in hotel Lost World, k mied naik dua permainan nie dulu...dah macam kanak-kanak riang pulak...huhuhu.

Aktiviti Malam di Lost World of Tambun

Petang itu kami check in dulu Hotel Sunway Lost world of Tambun yang hanya berdepan aje dengan Lost world of Tambun Park.  Jadi senanglah malam untuk menikmat Lost World Hotspring Night Park.



Terdapat 174 buah bilik di hotel ini berserta 20 buah bilik Executive Suite.  Memang bestlah stay di hotel nie.

Jam 9.00 malam kami dapat menyaksikan pertunjukan Fire Dance Performance...menarik juga pertunjukan dari abang- abang Api nie.



Pertunjukkan berlangsung selama lebih kurang sejam  dan apabila selesai jer, k mied pun berendamlah di kolam air panas.
Boleh juga sambung melawat Mini Zoo yang menempatkan haiwan  seperti rakon, kura-kura, hamster, ular ..yang di buka hingga jam 10 malam

Memang best dapat segarkan badan dengan air panas di Lost World Hotsprings nie baru tidur malam pun lena sampai ke pagi.

Waktu operasi Taman Tema :
Isnin hingga Jumaat (kecuali Selasa):  11:00 am - 6:00 pm
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Public Holiday : 10:00 am - 6:00 pm

Lost World HotSpring Night Park : 6:00pm - 11: 00 pm
***Tutup pada hari Selasa untuk kerja-kerja maintenance kecuali waktu cuti sekolah dan public holiday


Untuk booking/ reservation, boleh contact Lost World Hotel Reservation:

Telefon:
05-5408801/02

Email: 
lwhreservation@sunway.com.my



Salam sayang,


Comments

Popular posts from this blog

PERJALANAN KE LANGKAWI MENGGUNAKAN ETS (ELECTRIC TRAIN SERVICE)

Assalamulaikum dan selamat sejahtera semua. Rasa-rasa ramai yang dah sampai Langkawi kan.  Macam k mid nie,  bole katakan setahun sekali atau dua kali sampai ke Pulau nie...selalunya terlajak pergi ke Pulau Langkawi ini kerana balik ke Kedah atau Perlis untuk memenuhi undangan perkahwinan sahabat atau saudara mara di sana.  Alang-alang dah sampai Kedah atau Perlis teruslah masuk ke Pulau Langkawi sehari dua kan.... Tapi kali nie pergi memang memenuhi undangan sahabat yang berkahwin di Pulau Mashuri . Selalunya k mid dan mr husban naik kereta atau naik flight lah.... tapi baru-baru nie kak mid dan mr husban mencuba perkhidmatan keretapi ETS( Electric Train Service) pula. Kami naik ETS jam 7.45 pagi yang berhenti di stesen Sg Buloh Kami memulakan perjalanan dari Stesen keretapi Sg Buloh kerana keretapi ada berhenti di sini jadi tak lah kami membazir untuk pergi ke KL sentral.  Jadi tengok jadual dan laluan ETS, kalau ada berhenti berhampiran dengan kedia...

APA YANG MENARIK DI LALAPORT BUKIT BINTANG CITY CENTRE(BBCC)

  Assalamualaikum dan salam sejahtera Baru-baru ini kak mied berpeluang mengikuti Famtrip ke Lalaport BBCC bersama pemandu-pemandu pelancong. Peluang ini membuat kak mied rasa teruja sebab kak mied belum sekali pun menjejakkan kaki ke sini walaupun Lalaport BBCC telah dibuka sejak Januari 2022 . Terletak di tengah-tengah Bandar, kawasan Bukit Bintang. Lokasi dahulunya adalah tapak Penjara Pudu yang terkenal.  Bagi generasi sekarang mungkin mereka tidak melihat atau mengetahui tentang kewujudan  Penjara Pudu namun pintu masuk atau pintu gerbang Penjara Pudu masih dikekalkan sebagai tinggalan sejarah lalu.   Mall ini mengenengahkan konsep " Modern Simplicity" yang sinonim dengan tradisi Jepun dengan gabungan fasiliti komersial, pejabat , kediaman, hotel dan lain-lain. Merupakan fasiliti luar negara yang pertama di  Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co. Ltd.(Mitsui Fudosan) .  Terdapat 400 kedai untuk penyewaaan di Mall ini,  serta penampilan kedai-keda...